Isnin, 30 Julai 2012

Populariti Najib bagus untuk BN, kata Nazri

WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Julai 2012

Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz

SHAH ALAM - Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dilihat semakin meningkat memberi kesan positif kepada Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, berdasarkan trend pengundi pada 2008, populariti calon menjadi kayu pengukur kepada kemenangan dalam pilihan raya.

“Sebagai contohnya, populariti calon pada 2008 yang masih kekal sehingga kini akan digunakan sebagai rujukan kemenangan parti dalam pilihan raya seterusnya.

“Apabila Perdana Menteri menjadi popular, ini bagus untuk parti kerana ia akan membantu BN. Parti dan jentera akan sibuk bekerja untuk mengekalkan kemenangan tersebut,” katanya.

Beliau turut memberi contoh usaha bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang gagal mempengaruhi rakyat, telah menjadikan beliau tidak popular sehingga menyebabkan BN dan jentera tenat pada ketika itu.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan pula bersetuju bahawa faktor populariti calon amat penting kerana dalam pilihan raya rakyat sering membuat keputusan bersandarkan peribadi dan kebajikan dilakukan pemimpin.

Katanya, apabila Perdana Menteri disukai rakyat kerana sentuhan peribadi beliau terhadap kebajikan rakyat, secara automatik akan membantu kemenangan BN dalam pilihan raya.

“Contohnya, Perdana Menteri lakukan perubahan dengan turun padang bertemu rakyat dan perkenal Gagasan 1 Malaysia," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan