Isnin, 11 November 2013


AHLI JAWATANKUASA UMNO 
CAWANGAN SRI BENGKAL, 
BAHAGIAN SRI GADING
 2013-2016


PENGERUSI TETAP
En. Hasan Bin Md Damin

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
En. Mohd Yunus Bin Rahmat















KETUA CAWANGAN
En. Amsani Bin Hj. Yem

TIMBALAN KETUA CAWANGAN
En Mohd Nizam Bin Hj Md Lajis
KETUA PERGERAKAN WANITA
Pn. Sayah Binti Hadan 
KETUA PERGERAKAN PEMUDA
En. Md Zaihan Bin Hj. Md Lajis
KETUA PERGERAKAN PUTERI 
Pn. Noraizan Binti Zainal

SETIAUSAHA
En. Salman Bin Sabar
BENDAHARI
En. Ramlan Bin Darmo
KETUA PENERANGAN
En. Kamis Bin Mustari

AHLI JAWATANKUASA CAWANGAN


En. Masnan Bin Giman
En. Adam Bin Kamari
En. Abd Wahab Bin Ahmad
En. Rahim Bin Abdullah
Pn. Jamaliah Binti Hj. Juri
En. Mohd Sapie Bin Kaiwan
En. Amran Bin Hj. Yem
En. Sabran Bin Kaiwan
En. Adnan Bin Mustari
En. Mahadi Bin Makjeroon
Pn Haslina Binti Hasam
Pn. Misiah Binti Hamzah

Pn. Rohayati Binti Hj. Yit
tiada gambar
En. Paiman Bin Sanawai

En. Md Noor Bin Md Deni

En. Arsad Bin Md Raji


Pn. Wagiah Binti Omar

Cik Siti Zaiton Binti Ab Hadi




PEMERIKSA KIRA-KIRA

tiada gambar
En Subed Bin Mokhtar
PEMERIKSA 1

Pn Norleha Binti Mohamed
PEMERIKSA 2




Jumaat, 18 Oktober 2013

Nasib Umno di tangan mereka...



< 1 / 1 >

APA sekalipun keputusan yang dicatatkan dalam pemilihan ketua bahagian esok, yang pastinya tanggungjawab yang akan digalas mereka yang menang nanti pasti berat terutama dalam menyediakan Umno dan BN untuk berhadapan PRU14 nanti.

Sebagai sebuah negeri yang masih mampu mengekalkan kemenangan dua pertiga pada PRU13, pastinya Melaka akan menjadi antara sasaran utama pakatan pembangkang pada 2018 nanti, atau mungkin lebih awal sekiranya PRU14 diadakan sebelum itu.

Tanggungjawab mereka yang bakal bergelar ketua bahagian mulai esok kini bukan hanya tertumpu pada bahagian masing-masing tetapi lebih penting memastikan Melaka terus menjadi kubu kuat BN.

Melihat kepada barisan mereka yang akan bertanding, termasuk mereka yang sudah menang tanpa bertanding, jelas setiap bahagian Umno di Melaka akan dipimpin mereka yang bukan calang-calang orang.

Lima dari enam penyandang ketua bahagian mencatatkan kemenangan selesa pada PRU13 lepas. Hanya Ketua Bahagian Bukit Katil, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang tewas di parlimen Bukit Katil.

Sehubungan itu, jelas barisan kepimpinan Umno di semua bahagian berada di dalam tangan mereka yang sudah membuktikan kemampuan sebagai pemimpin serta mampu menggalas apa jua tanggungjawab yang bakal diletakkan di bahu mereka.

Dalam konteks ini, bahagian Masjid Tanah dan Jasin pasti menjadi perhatian ramai kerana kedua bahagian ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru, termasuk cabaran bekas Ketua Menteri dan bekas
Ketua Pemuda Umno, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik di bahagian Masjid Tanah.

Sebagaimana dalam mana-mana pertandingan, pasti akan ada mereka yang menang dan kalah. Namun apa yang jauh lebih penting adalah bagi mereka yang tewas menerima keputusan perwakilan dengan hati terbuka.

Dengan kebangkitan yang dicatatkan pakatan pembangkang dalam PRU12 dan PRU13, ahli Umno kini tidak mampu lagi membiarkan sentimen peribadi atau ketaksuban terhadap seseorang pemimpin mencorakkan keputusan mereka semasa mengundi.

Perkara asas yang perlu dipertimbangkan bukanlah siapakah yang bakal memimpin bahagian mereka tetapi siapakah yang bakal menjadi sebahagian daripada jeneral yang akan mempertahankan Melaka daripada dicerobohi pakatan pembangkang.

Kesimpulannya, perwakilan yang mengundi esok perlu berpandangan luas dan memilih mereka yang bukan sahaja boleh memimpin bahagian tetapi juga dalam konteks lebih luas, mempertahankan majoriti dua pertiga Melaka pada PRU14 nanti.

Kekal semangat kekeluargaan





PETALING JAYA - Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pemimpin muda parti itu perlu dibimbing dalam mengekalkan semangat kekeluargaan Umno yang telah wujud sekian lama.

Hishammuddin berkata ini antara usaha yang akan dilaksanakannya jika dikekalkan sebagai naib presiden parti dalam pemilihan Sabtu ini.

Katanya masa depan parti bergantung kepada pemimpin muda yang kini berada di barisan hadapan bersama-sama pemimpin sedia ada.

"Semua pihak perlu terus berganding bahu membawa transformasi dalam parti malah pada masa yang sama terus memperbaiki kelemahan dalam parti agar terus utuh.

"Saya bangga dengan semangat yang ditunjukkan sayap Pemuda dan Puteri yang baru bermesyuarat memilih ketua masing-masing minggu lepas dan malam ini berkumpul dalam satu majlis dalam suasana harmoni," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pemilihan kepada Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno di sini, malam semalam.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan, berkata semangat kekeluargaan itu perlu dibawa ke pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, Kedah bulan depan serta dalam pilihan raya seterusnya.

Semua anggota Umno perlu menanam semangat kekeluargaan dan mengekalkan semangat tersebut bermula di peringkat akar umbi, katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata semangat perpaduan perlu ada dalam parti bagi mengekalkan keharmonian dalam kalangan anggota.

Katanya semua pihak perlu berganding bahu dan merapatkan barisan walau dalam apa keadaan sekalipun. - Bernama

Ahad, 6 Oktober 2013

Shahrir: Kod etika pemilihan Umno tak munasabah




Bernama


Penyandang Ketua Umno Bahagian Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini menyifatkan kod etika pemilihan Umno kali ini sebagai tidak munasabah kerana menyukarkan calon untuk berkempen.

Anggota Parlimen Johor Baharu itu berkata sebagai orang yang menawarkan diri, maka, setiap calon yang bertanding perlu diberi ruang seluasnya supaya mereka berpeluang menyuarakan hasrat dan bukan sekadar terbatas pada sesi pengenalan calon.

"Saya berasa pelik dan tidak munasabah kerana pada pandangan saya peluang berkempen harus dibuka seluas-luasnya.

"Ini kerana sesi pengenalan calon hanya sebagai acara rasmi untuk memperkenalkan diri kepada perwakilan," katanya selepas menghadiri sesi taklimat dan pengenalan calon Umno Bahagian Johor Baharu, di Johor Bharu, hari ini.

Shahrir berkata beliau yakin masalah politik wang juga tidak akan timbul sekiranya calon diberikan peluang berkempen memandangkan bukan mudah menyogok wang kepada perwakilan yang begitu ramai pada pemilihan kali ini.

"Kita mahu pertandingan yang sihat. Tidak perlu takut soal politik wang kerana kita ada Lembaga Disiplin parti yang boleh mengambil tindakan dan saya ingat bukan mudah juga hendak jumpa kira-kira 150,000 perwakilan yang ada," katanya.

Beliau mengulas beberapa larangan ketika berkempen termasuk semua calon di peringkat bahagian atau pusat dilarang berkempen bersendirian sebaliknya hanya dibenarkan memperkenalkan diri pada majlis rasmi anjuran Badan Perhubungan Umno negeri.

Shahrir akan ditentang Ketua Umno Cawangan Jalan Utama, Kampung Melayu Zulkifli Ismail dan Ketua Umno Cawangan Taman Suria Datuk Ahmad Kemin pada pemilihan kali ini.

Mengenai pemilihan di Bahagian Johor Baharu, beliau berkata seramai 646 perwakilan daripada 83 cawangan dalam bahagian terbabit akan membuat pemilihan bagi menentukan kepimpinan parti.

Katanya pemilihan pada peringkat cawangan sebelum ini menyaksikan hampir 30 peratus berlaku peralihan kepimpinan yang sekaligus membuktikan Umno sebagai masih 'sihat' dan 'kuat' serta terus mendapat sambutan golongan muda.

Ali Rustam kecewa pengundi Cina tak kenang jasa





Bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata beliau bertanding jawatan naib presiden Umno kali ini antara lainnya kerana kecewa apabila jasanya tidak dihargai oleh kumpulan pengundi Cina semasa pilihan raya umum 5 Mei.

Mohd Ali yang menimbulkan soal 'tsunami Cina” dalam wawancara disiarkan Mingguan Malaysia itu berkata, beliau memilih untuk mempertahankan hak orang Melayu dan Islam kerana tidak mahu membiarkan desakan DAP.

Dalam wawancara itu, Mohd Ali pada awalnya ditanya sekiranya beliau telah mendapatkan pendangan dari golongan Cina berhubung keputusannya untuk bertanding bagi merebut jawatan naib presiden Umno kali ini.

Katanya, golongan MCA memberitahunya bahawa mereka tidak dapat menyatakan kehendak mereka kerana “DAP dan Dong Zong telah cucuk masyarakat Cina” untuk mengambil alih pentadbiran persekutuan dan negeri.

“Jadi jasa saya langsung mereka tidak kisah sehingga banyak orang MCA dan Gerakan pun terpengaruh”, katanya yang menambah, satu semangat baru diperlukan untuk mengelakkan orang Melayu terus berpecah

“DAP sedang mendesak dan kita mesti menghadapinya. Saya kalau hendak berhenti (dari politik) memang boleh tetapi takkan saya hendan biar berlaku depan mata sedangkan kita telah alami tsunami Cina bagaimana mereka tidak menghargai jasa kita,” katanya.

Oleh itu, beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan utama dalam Umno itu memandangkan parti tersebut adalah wadah terbaik untuk memelihara hak orang Melayu dan Islam, katanya lagi.

Khairy setuju syarat kempen perlu dilonggarkan




Bernama
5:25PM Okt 5 2013

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bersetuju dengan teguran beberapa calon agar syarat berkempen pada pemilihan Umno kali ini perlu dilonggarkan bagi memberi peluang kepada calon
memperkenalkan diri.

Beliau berkata ini kerana ada calon yang kurang dikenali perwakilan dan perlunya mereka diberikan ruang secukupnya untuk memperkenalkan diri.

"Semua orang kenal saya tapi orang yang lawan saya (bagi jawatan Ketua Pemuda) mungkin orang tak kenal. Kalau kita nak bagi orang lawan bagilah gelanggang yang terbuka, gelanggang yang sama rata.

"Kita kena terbuka sikit. Bukan kita menggalakkan kempen tidak sihat. Kalau ada kempen tak sihat seperti fitnah, serangan peribadi, politik wang, ok yang itu ambil tindakan tapi sekadar nak jumpa perwakilan, adakan majlis biasa nak jumpa dengan perwakilan saya rasa harus dibenarkan," kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan kepada pemberita selepas merasmikan Larian Terbuka Kelantan 2013 di Kota Bharu, hari ini.

Seramai 750 peserta menyertai larian anjuran Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan bertema "Be Active, Beat Diabetes".

Semalam Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang merupakan calon Majlis Tertinggi (MT) menyifatkan ada sebahagian peraturan dalam pemilihan Umno kali ini kurang bijak dan boleh membantutkan proses pemilihan.

Antara peraturan itu katanya ialah calon tidak boleh berkempen secara bersendirian bagi bertemu dengan anggota Umno akar umbi dan memperkenalkan diri.

Mengenai potensi dirinya mempertahankan jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan parti 12 Oktober ini, Khairy berkata beliau menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat penilaian berdasarkan rekod perkhidmatannya sebagai naib ketua Pemuda sebelum ini dan Ketua Pemuda sekarang.

Mukhriz setuju calon naib presiden berbahas




Bernama
10:32AM Okt 6 2013

Calon naib presiden Umno Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menyambut baik cadangan bekas Timbalan Presiden Umno Tun Musa Hitam supaya semua calon naib presiden ditampilkan serentak menerusi televisyen untuk membahaskan idea mereka.


Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata sekiranya ibu pejabat Umno bersetuju forum seumpama itu diadakan, beliau sedia menyertainya.

Beliau berkata ia boleh memberi ruang kepada calon untuk berkongsi fikiran masing-masing dalam memberi sumbangan kepada parti serta memberi peluang kepada perwakilan untuk membuat pilihan yang tepat.

"Kalau difikirkan bahawa satu forum melibatkan keenam-enam calon wajar diadakan, maka saya bersedia menyertainya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin masyarakat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, malam tadi.

Selain Mukhriz, lima lagi calon naib presiden terdiri tiga penyandang iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mukhriz berkata jawatan naib presiden merupakan jawatan kanan di dalam parti dan perwakilan pasti berminat mengetahui pandangan setiap calon dalam pelbagai isu.

Mengenai peluang pada pemilihan Umno, Mukhriz berkata beliau mendapat maklum balas yang positif.

Bagaimanapun Mukhriz berkata beliau terpaksa mengurangkan masa berkempen bagi pemilihan Umno 19 Okt ini bagi memberi tumpuan terhadap pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Kedah yang bakal diadakan 4 Nov ini.

Sebagai contoh, katanya beliau hanya dapat menyertai sesi pengenalan calon di Negeri Sembilan pada 8 Okt ini dan tidak dapat hadir dalam sesi di Melaka dan Johor pada hari sama kerana perlu berada di Sungai Limau.

- Bernama

Selasa, 27 Ogos 2013

KETUA CAWANGAN DAN AJK UMNO SRI BENGKAL 2013-2016


Logo UMNO

UMNO CAWANGAN SRI BENGKAL 2013-2016
25 Ogos 2013 Ahad
Balai Umno Sri Bengkal
     
       UMNO Sri Bengkal telah mengadakan mesyuarat persidangan tahunan 2013 yang telah diadakan pada 25 ogos 13 pada jam 03.00 ptg bertempat di balai Umno.terlebih dahulu sayap Wanita dan pemuda telah mengadakan persidangan yang diadakan 1jam lebih awal sayap puteri pula telah mengadakan persidangan pada awal ramadan yang lalu.
       Pada persidangan kali ini pemilihan ahli jawatan kuasa telah diadakan yang mana jawatan dalam cawangan dipertandingkan buat pertama kali tahun 2008 yang lalu, kehadiran pada masuarat kali ini agak ramai ahli yang hadir dengan tujuan untuk memilih ajk cawangan yang baru terutama jawatan ketua cawangan yang mana ketua cawangan yang lama en hasan bin md damin telah tidak mengkekalkan jawatan tersebut kerana faktor kesihatan beliau. dalam pertandingan kali ini jawatan  ketua cwgn telah dipertandingi tiga penjuru  calon-calon adalah terdiri daripada amsani , md rizal dan ahmadi yang mana ahli telah memilih amsani sebagai ketua cawangan umno sri bengkal yang baru dengan kaedah undian, untuk jawatan timbalan umno cwgn pula disandang oleh mohd nizam lajis dengan sebulat suara. sebelum pada ini telah diadakan pencalonan untuk mengisi jawatan pengerusi tetap cawangan yang mana sebulat suara telah memilih mantan ketua cawangan en hasan dan cikgu mohd yunus sebagai timbalan pengerusi tetap cawangan bagi sesi 2013 -2016 bagi senerai ajk cawangan yang lain admin akan pabliskan masa yang lain di blog ini
      serentak pada persidangan ini juga telah di hadiri oleh masyarakat kampung sri bengkal kerana pada masa yang sama telah diadakan sambuan hari raya aidil fiteri peringakat kampung pada tahun ini.

Isnin, 17 Jun 2013

Dakwat kekal: Berduka dalam kebenaran



Tan Sri Abdul Aziz Yusuf

“KALAU orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal,” luah Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf.

Kekecewaan jelas terpancar di wajahnya. Kesedihan dengan kisah dakwat kekal tidak dapat disembunyikan. Rasa kesal dan dukacita itu dizahirkan Abdul Aziz ketika kunjungan beliau ke pejabat Sinar Harian baru-baru ini.

Kita merancang, ALLAH SWT yang menentukan segala-galanya. Namun kisah dakwat kekal bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan asas oleh sesetengah pihak untuk menuduh SPR membenarkan pengundi membuang undi lebih dari sekali. Jauh sekali membolehkan mereka menuduh SPR menipu untuk memberi kemenangan kepada parti yang memerintah.

Bersama Editor Sinar Harian, LAILATUN KHALILAH NASIR dan wartawan ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD serta jurufoto ROSLI TALIB, orang nombor satu SPR ini meluahkan banyak lagi perkara yang wajar diketahui umum terutamanya apa yang terjadi ketika hari bersejarah 5 Mei lalu


Pilihan Raya Umum Ke-13 sudah selesai, tetapi sesetengah pihak tidak puas hati atau sahaja mahu cetus provokasi?

Saya merasa keadaan yang sangat aneh. Berduka cita dalam kebenaran. Sebagai orang Islam, kena percaya apabila berusaha dengan pelbagai cara, tetapi berjaya atau tidak, ALLAH SWT yang berkuasa.

Dalam erti kata lain, pilihan raya ini, yang menjadi raja dan penentu memilih wakil rakyat adalah pengundi, bukan SPR. SPR sediakan gelanggang berlandaskan Perlembagaan.

Bertandinglah sepuasnya untuk meraih undi rakyat. Kita jalankan ikut undang-undang sedia ada. Proses undang-undang kita sangat dinamik, dari tahun 50an sehingga sekarang, dinamik ini mengikut perlembagaan dan tuntutan rakyat semasa.

Semua rakyat menunggu begitu lama dan teruja untuk mengetahui tarikh 5 Mei 2013, sehingga berlaku sejarah apabila Dun Negeri Sembilan terbubar sendiri.

Apabila keputusan diumumkan, ada yang pertikai, marah dan tuduh macam-macam hingga kata kami (SPR) berkomplot. Ia amat pedih untuk kami terima tetapi itulah yang berlaku sekarang. Provokasi hingga ke jalanan.

Saya ingin tegaskan, SPR sebuah badan bebas yang tidak boleh tunduk dengan arahan atau diarah oleh orang lain. Bukan kita bongkak tetapi peruntukan undang-undang mahu kita seperti itu, bebas.

Tetapi bebas ini sangat subjektif, Pengerusi, Timbalan Pengerusi bekas pegawai kerajaan, sekarang ini kami yang bertugas di SPR, kami anggap sebagai berkhidmat untuk negara.

Ketika ditawarkan jawatan ini saya tidak sampai hati mahu tolak. Ramai yang tidak mahu jawatan ini ia sangat memberi tekanan. Tetapi atas dasar semangat dan cinta pada negara, saya terima dan khidmat saya yang boleh diberikan untuk Malaysia.


Bagaimana boleh timbul dakwaan SPR mengikut arahan kerajaan memerintah?

Ketika ini persepsi yang dibuat seolah-olah SPR bawah telunjuk kerajaan pemerintah. Sejak saya dilantik jadi Pengerusi SPR, tidak pernah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, "Aziz buat ini, buat itu...", tidak pernah.

Tetapi dari segi cadangan sesiapa sahaja boleh beri cadangan daripada Perdana Menteri sehinggalah budak pejabat. Sebab yang memutuskan apa-apa cadangan adalah tujuh panel yang diletakkan di bawah SPR, kita bebas buat keputusan. Maknanya, dari segi membuat keputusan dan operasi SPR, SPR bebas.

Dalam politik SPR paling hampir dengan parti politik yang menentukan kalah menang seseorang parti politik, kalau menang mereka pujilah SPR, kalau kalah, lainlah bunyinya, mereka akan cari kelemahan lain. SPR seperti jadi kambing hitam.

Persepsi ini tidak semestinya betul, kalau berkali-kali kata ini bukan putih, ini hitam, maka ia akan jadi hitam, itu politik. SPR pengadil, tugas kita sangat penting dalam PRU. Saya lihat pada PRU13 semua parti politik membuat fokus, mereka kata boleh menang negeri ini, kawasan itu.

Contoh kerajaan pemerintah kata boleh ambil Kelantan dan Selangor. Tetapi dalam realiti tidak jadi begitu, Selangor makin teruk, Pulau Pinang lagi teruk begitu juga Kelantan kecuali Kedah. Ini maknanya apa? Maksudnya kita hanya boleh merancang ALLAH SWT yang menentukan.

Dalam kes ini, pengundi jadi penentu. Boleh ke parti pemerintah dikatakan bersekongkol dengan SPR ang juga dicop sebagai ibu segala penipuan? Kalau SPR betul-betul penipu, maka menanglah negeri yang dicitakan parti pemerintah. Tapi apa yang berlaku tidak seperti itu bukan?


SPR dalam mesyuarat rasmi dan tidak rasmi, tidak ada terlintas untuk menipu, tidak ada perancangan atau agenda untuk menipu bagi memenangkan mana-mana pihak. Yang kita bincangkan, bagaimana untuk PRU berjalan dengan teratur sempurna dan saksama, di bawah kawalan kita.


Ramai yang melihat pembangkang berterusan menekan SPR, apa yang akan dilakukan?

Apa yang boleh kita buat adalah pujuk dan terangkan. Kalau mereka nak ikut, ikutlah dan tak nak ikut apa boleh buat, kita tiada kuasa. Apa yang berlaku sekarang ini, PRU13 berjalan dengan baik dan lancar, mana pengundi suka pada calon berkenaan maka menanglah calon dan parti itu.

Contoh, Lim Kit Siang bertukar tempat bertanding, menang di Gelang Patah, kalahkan bekas Menteri Besar Johor Ghani Othman. Sebab apa dia menang? Pengundi di Gelang Patah suka beliau, bukan sebab SPR tolong.

Kita sediakan tempat untuk bertanding. Banyak calon lain yang memang boleh menang di mana-mana sebabnya pengundi suka. Keputusan 5 Mei lalu paling awal diumumkan 11.10 malam dan paling lewat 2.10 pagi, tidaklah begitu teruk jika dibandingkan PRU12. Tetapi, kita tetap dituduh lewat dan macam-macam lagi.


Tetapi masih ada yang tidak mengiktirafnya dan menganggap banyak penipuan oleh SPR?

Kalau kita rasional dan pegang pada ajaran agama, terimalah hakikat yang kita menang PRU dan dapat jadi wakil rakyat dan berhujah mewakili rakyat. Dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau tidak dapat tubuh kerajaan walaupun katanya dapat undi popular. Sistem yang diguna pakai tidak begitu, kita guna first-past-the-post. Adakah wajar untuk kita tukar proses situ selepas PRU13? Kecuali undang-undang dipinda.

Kepada siapa yang bertanding terima hakikat, menang syukur, kalah cuba lagi lima tahun akan datang. Jangan kita pengaruhi budak muda untuk berhimpun, buat tuduhan melulu dan memesongkan persepsi mereka daripada yang benar kepada tidak betul.

Macam-macam tuduhan, contoh 40,000 warga Bangladesh, memang tidak masuk akal, kalau orang Jawa ke susah juga kita nak kesan, tapi ini Bangladesh dalam jumlah yang banyak.


Bagaimana isu lampu padam pada PRU13 boleh timbul?

Malam selepas mengira, kita telefon semua tempat, esok kita tanya polis, mereka kata tidak ada lampu padam, tidak puas hati dengan jawapan itu kami telefon TNB, dan mereka tetap kata tidak ada lampu padam.

Tetapi penghujung Mei timbul dalam akhbar ada lampu padam di Serdang, rupanya ada terputus bekalan elektrik di saluran tiga.

Namun, masa lampu terang undi yang dikira BN menang, tapi dalam lampu padam itu, Pas menang, patutnya BN lah menang tinggi kalau kata kita nak menipu. Jadi bukan kata soal lampu padam itu.

Setiap saluran ada ajen dan tahu berapa kertas undi keluar. Bukan kita berbohong atau berlakon, tetapi pada hari kejadian kami hubungi orang tertentu semua kata tidak ada. Jika benar keadaan itu, tetapi kemenangan itu berpihak pada pembangkang. Maknanya bukan sengaja lampu itu dipadamkan untuk memenangkan BN.


Komen Tan Sri mengenai tuntutan Blackout505 yang mendesak anggota SPR meletak jawatan?

Anggota SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-raja sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan peruntukan itu seseorang anggota SPR hanya akan terhenti memegang jawatan apabila mencapai umur 66 tahun atau anggota itu sendiri meletakkan jawatannya dengan rela hati.

Seluruh anggota SPR tidak akan meletak jawatan atas desakan pihak berkenaan. Saya menerima banyak panggilan telefon untuk saya tidak tunduk dengan desakan itu. Apa salah kita? Seluruh dunia akan ketawa jika kita tunduk hanya sebab desakan itu.

Buktikan dalam petisyen bahawa SPR melakukan banyak kesilapan dan pembohongan salah laku, rasuah sehingga kalah orang itu, menang orang ini. Buktikan, barulah ada asas untuk letak jawatan.

Kami tidak akan letak jawatan, kalau mereka nak tuntut juga kita letak jawatan, pertama sekali mereka perlu fail petisyen, nampak jelas bahawa kita menipu dan melanggar undang-undang baru kita akur.


Bagaimana cara untuk melucutkan jawatan anggota SPR?

Seseorang anggota SPR boleh dipecat menurut peruntukan undang-undang. Pemecatan mana-mana anggota SPR boleh dibuat melalui suatu perintah oleh Yang di-Pertuan Agong jika anggota itu bankrap, terlibat dalam apa-apa jawatan berbayar di luar tugas jawatannya atau apabila mereka menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dun.

Selain itu, perlucutan jawatan itu juga boleh dibuat melalui satu tribunal mengikut cara yang sama untuk memecat Hakim Negara. Bagaimanapun, jika gesaan dari mana-mana parti politik berhubung dengan pemecatan anggota SPR ini mendapat pertimbangan kerajaan maka suatu tribunal hendaklah ditubuhkan mengikut tatacara yang ditetapkan.


Bagaimana dengan tuntutan kedua Blackout505, untuk adakan pilihan raya semula di sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen?

Di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, tiada pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dun sesuatu negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya. Sehinggalah pengisytiharan dibuat oleh Mahkamah Pilihan Raya bahawa pilihan raya itu tidak sah, barulah boleh. SPR tidak ada kuasa untuk adakan pilihan raya semula kecuali meninggal dunia selepas Speaker memaklumkan.

Saya pun pelik macam mana mereka hanya boleh suruh itu ini, lebih baik mereka kumpul bukti banyak bawa ke mahkamah.


Tuntutan ketiga, mahu SPR menghentikan semua kajian persempadanan semula pilihan raya sehingga anggota baru SPR dilantik?

Ini adalah satu daripada fungsi SPR untuk mengkaji semula persempadanan bahagian pilihan raya diperuntukkan di bawah Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah perenggan (i) Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, kajian semula hendaklah dibuat setelah tamat tempoh lapan tahun.
Tempoh lapan tahun itu telah tamat pada 21 Mac 2011, jadi tidak wajar untuk dilengahkan dan hendaklah dibuat dalam tempoh yang munasabah kerana ini merupakan tuntutan tugas SPR di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Kenapa kita tidak buat pada 2011, kerana ketika itu ada khabar mengatakan PRU13 akan diadakan, jika kita tengah berbincang dan ketika itu bubar Parlimen keadaan akan lebih kelam kabut. Oleh itu kita tangguh lepas PRU13. Maka tahun ini kita akan mula bersama Sabah dan Sarawak.


Bagaimana proses persempadanan itu berjalan?

Untuk buat persempadanan semula bukan senang, satu kumpulan dilantik untuk bergerak ke negeri-negeri untuk menilai jumlah penduduk dan keadaan kawasan. Sudah 11 tahun berlalu, jadi bilangan penduduk semakin besar, migrasi dari kampung ke bandar semakin banyak.

Cara kita bekerja dengan melihat realiti Malaysia, ada Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Jadi kita tidak boleh samakan dengan keadaan kampung, semi urban dan bandar. Jadi tidak adil dengan keadaan luar bandar dan bandar.

Kita perlu ambil kira infrastruktur kawasan itu bagaimana wakil rakyat boleh berhubung dengan rakyat. Prosesnya begitu, kita juga mendengar banyak cadangan, antaranya pecahkan lagi banyak kawasan bandar, kalau Kuala Lumpur dari 11 jadi 20, adakah itu adil?

Sedangkan rakyat senang berhubung antara satu sama lain, jadi itu antara perkara yang perlu difikirkan. Seboleh mungkin kita mahu jadikan kawasan tersebut satu pemimpin, satu undi dan satu nilai.

Selain itu, beberapa negeri juga kita akan tukar dari angka genap kepada angka ganjil begitu juga dengan jumlah kerusi Parlimen, tidak lagi seperti angka sekarang 222, supaya ia tidak tergantung. Kalau ganjil tidak akan sama, jadi kita akan bincang mengenainya.


Adakah kajian itu bermula?

Sudah bermula, bagi negeri-negeri Semenanjung kajian utama telah dilakukan, kita sudah tahu berapa pertambahan kawasan dan kita akan mula di Sabah dan Sarawak.

Tetapi menambah kawasan ini perlu mendapat kelulusan untuk pinda Perlembagaan, kita hanya boleh mencadangkan, tetapi perlu ada suara majoriti.

Untuk parlimen akan dibahaskan di Parlimen, dan negeri bahas di negeri, bagi kawasan yang mempunyai majoriti dua pertiga lebih mudah. Tetapi kalau tidak cukup suara yang setuju maka jumlah kerusi Parlimen akan kekal.


Ada suara mengatakan persempadanan semula ini hanya menguntungkan BN?

Ini bukan soal untuk BN atau siapa, pada kita adalah untuk tentukan bilangan pengundi sebolehnya sama rata. Contoh untuk Parlimen berapa ribu ke atas, bagi semi urban pula berapa ribu begitu juga dengan kawasan kampung.

Pendapat Tan Sri dengan cadangan jawatankuasa khas parlimen untuk memantau SPR?

Apa yang akan dipanggil jawatankuasa itu kita tidak tahu, tetapi jawatankuasa ini akan jadi orang tengah antara SPR dan Parlimen. Maksudnya dari segi struktur SPR tidak lagi diletakkan di bawah mana-mana jabatan, dari segi operasi, SPR perlu membuat dasar atau undang-undang jadi kepada siapa kita mahu merujuk? Jika dulu kita rujuk pada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, oleh itu perlu pinda Perlembagaan untuk kita rujuk.

Banyak syor yang dibawakan oleh PSC belum dilaksanakan, contoh mengkaji semula sistem pilihan raya, menyusun semula tugas SPR, supaya ada tiga suruhanjaya dengan tiga tugas dan sebagainya.

Ada perkara yang memerlukan kajian untuk memperkasakan SPR. Siapa yang akan duduk dalam jawatankuasa itu akan dibincangkan kemudian. Banyak baiknya kepada SPR jika ada satu jawatankuasa itu, selagi ia menjadi tempat SPR merujuk, berbincang dan mendapatkan pandangan.

Tetapi jawatankuasa ini tidak boleh mengarahkan SPR untuk lakukan apa-apa sahaja, kecuali dengan pinda Perlembagaan bahawa SPR bukan badan bebas boleh ikut arahan.


Adakah dengan adanya jawatan kuasa mampu mengubah persepsi pembangkang?

Pada saya susah nak dijangka, politik tetap politik, kalau kalah buat macam mana pun mesti ada benda yang tidak kena.

DR M SOKONG JAWATAN TERTINGGI TAK DIPERTANDINGKAN



Tun Dr Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong penuh cadangan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti November ini.

Katanya beliau bimbang pertandingan bagi dua jawatan tertinggi yang masing-masing disandang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu akan menyebabkan perpecahan dalam Umno dan juga orang Melayu.

"Mengikut amalan demokrasi, kita patut ada pertandingan tetapi orang Malaysia tidak begitu faham amalan demokrasi sebenar. Kalau kalah, mereka akan tarik diri (keluar parti) dan tubuhkan parti lain dan ini menyebabkan orang Melayu dan Umno berpecah lagi.

"Sehubungan itu, saya sokong kalau ada pertandingan tetapi bukan untuk dua jawatan di puncak sekali iaitu presiden dan timbalan presiden.

"Saya biasa bertanding dulu (jawatan presiden Umno) dan saya menang dengan 43 undi saja tetapi pihak yang kalah telah bawa (mendakwa) saya ke mahkamah dan menubuhkan parti lain... Orang kita (Melayu) berpecah kerana pertandingan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dr Mahathir sebelum itu melancarkan buku 'The Prisoners Diaries' yang disunting oleh Puan Sri Norma Hashim daripada Viva Palestina Malaysia.

Buku setebal 125 muka surat itu dihasilkan Viva Palestina Malaysia dengan kerjasama Centre for Political & Development Studies di Gaza, menceritakan pengalaman banduan Palestin di penjara Israel.

Buku itu dijual dengan harga RM20 dan semua keuntungan daripada jualan akan diguna untuk membiayai projek kewartawanan dalam kalangan rakyat di Gaza.

Sementara itu, Dr Mahathir melahirkan kekecewaan apabila kuasa-kuasa besar yang lantang menyuarakan keadilan dan pemerintahan mengikut kedaulatan undang-undang "menghalalkan" tindakan Israel memenjara rakyat Palestin untuk ditukar sebagai tebusan jika askar Yahudi ditahan di Palestin.

"Israel merupakan satu-satu negara di dunia yang menahan rakyat musuh untuk pertukaran tebusan

"Lima ratus banduan Palestin yang ditahan akan digunakan sebagai pertukaran untuk seorang askar yang ditahan di Palestin," katanya.

Dr Mahathir juga mengecam tindakan Israel yang sewenang-wenang melakukan apa sahaja termasuk melancarkan serangan di perairan antarabangsa dengan hanya alasan "bertindak atas kepentingan keselamatan".

"Semuanya pasal keselamatan Israel, seolah-olah keselamatan orang lain tak penting... Inilah ketidakadilan yang berlaku tetapi ia dihalalkan negara-negara yang lantang menyuarakan keadilan," katanya. - Bernama

Sabtu, 1 Jun 2013

Mekanisme turun harga kereta






SUSULAN manifesto BN dan PR yang menjanjikan penurunan harga kereta, pelbagai spekulasi dibuat selepas berakhirnya PRU13.

Setakat ini harga kereta diketahui tinggi. Harga terendah Honda City, umpamanya adalah RM83,219.50, Toyota Vios model 1300cc berharga RM72,417.50.

Bagi kereta buatan Malaysia seperti Proton dan Perodua pula, harga yang ditawarkan adalah RM24,924.30 bagi model Perodua Viva 660cc.

Untuk Proton pula, harga terendah yang ditawarkan adalah model Saga FLX 1300cc iaitu RM35,333.65.

Harga ditawarkan ini sukar untuk dimiliki oleh keluarga berpendapatan rendah, terutama yang kos saraan hidup yang tinggi seperti mempunyai pendapatan kurang dari pada RM1500 sebulan.

Golongan muda juga antara yang terbeban akibat harga kenderaan yang tinggi kerana belum ada pendapatan stabil dan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).

Sebelum PRU13, BN dan PR berjanji hendak turunkan harga kereta. Namun mekanisme yang mana antara BN dan PR yang lebih efektif?

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, usaha menurunkan harga kereta bukan sesuatu yang susah kerana kerajaan hanya perlu menghapuskan cukai eksais.

Katanya, langkah yang dibuat kerajaan sekarang menekan pembuat dan penjual kereta.

PR, katanya, menawarkan cara sesuai, iaitu dengan menghapuskan cukai eksais.

Sebagai contoh, bagi kereta Perodua Myvi, cukai kereta yang dikenakan adalah 85 peratus iaitu 75 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan.

Ini bermaksud, jumlah cukai yang dikutip kerajaan bagi sebuah kereta Perodua Myvi adalah RM21,140 dari harga yang dikenakan kepada pengguna, iaitu RM46,000.

Tanpa cukai eksais, ia akan kurangkan harga kereta kerana cukai yang dikenakan adalah hampir sama dengan harga kereta.

Sementara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pula berkata, kerajaan akan mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat sehingga 2017.

Sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model kereta popular di negara ini telah menurun 7.3 peratus purata.

Beliau berkata, pengurangan harga itu adalah hasil proses pasaran yang mana terdapat peningkatan kecekapan dan persaingan di kalangan pemain industri automotif.

Menurutnya, usaha pengurangan harga kereta haruslah dilaksanakan secara berhemah dan tersusun supaya tidak menjejaskan pertumbuhan industri dan peluang pekerjaan.

Kerajaan juga berbincang dengan syarikat-syarikat pembuat kereta dan satu Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA bakal dilaksanakan serta faedah-faedah akan diperkenal kepada pengguna.

Soalannya, bilakah proses penurunan ini akan bermula?

Apakah pada Jun atau Julai depan atau pada Januari 2014?

Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) menggesa kerajaan umumkan mekanisme penurunan harga kereta dalam masa terdekat.

Presidennya, Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata, struktur cadangan masih samar-samar.

Menurutnya, kelewatan pihak berwajib mengumumkan mekanisme menurunkan harga kereta telah memberi impak kepada pasaran automotif yang kini mengalami penyusutan disebabkan pembeli tunggu dan lihat.

Namun, sekiranya dinilai secara rasional, pelaksanaan penurunan harga kereta ini, dapat dilaksanakan, ianya mampu untuk mengurangkan beban kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, terutama di kawasan bandar.

Pemilihan Umno guna perlembagaan baru parti




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - Pemilihan Umno akan dilaksanakan tahun ini dengan mengguna pakai perlembagaan baru parti yang membuka peluang kepada hampir 500,000 ahli di peringkat akar umbi menentukan pucuk pimpinan parti.

Pemilihan itu akan dijalankan selepas mesyuarat peringkat bahagian dan sebelum perhimpunan agung parti, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini hari ini.

Beliau berkata satu pasukan khas diketuai bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali ditubuhkan untuk menerangkan kaedah pemilihan baru berdasarkan perlembagaan parti yang dipinda pada 2009.

"Perlembagaan parti yang baru ini lebih mencabar dan lebih kompleks kerana sejajar dengan pembaharuan dan reform yang telah kita mulakan tiga tahun dulu tapi belum kita kuat kuasakan pemilihan menggunakan perlembagaan yang baru.

"Dari segi pemilihan Majlis Tertinggi, hampir 150,000 orang akan terlibat dalam menentukan pucuk pimpinan parti daripada presiden sampai kepada Majlis Tertinggi. Ini tidak termasuk 100,000 orang daripada setiap sayap Wanita, Pemuda dan Puteri," jelas Najib.

"Walaupun tanggungjawab tidak sama dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tapi ia jauh lebih besar daripada apa yang telah kita lalui sebelum ini," kata Najib.

Beliau berkata proses pemilihan baharu itu akan dijalankan secara serentak di 191 bahagian di seluruh negara dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Mengenai kaedah pelaksanaan pemilihan itu, Najib berkata: "Cara mana nak buat angkat tangan, biometrik, dakwat kekal dan macam-macam lagi, perkara masih diperincikan lagi."

Dalam pada itu, beliau berkata mesyuarat cawangan akan hanya bermula selepas proses penerangan di peringkat negeri selesai dilaksanakan pasukan khas yang turut disertai Setiausaha Agung, Setiausaha Kerja dan beberapa anggota parti.

"Tarikh paling awal yang dapat kita adakan mesyuarat cawangan ialah 15 Julai. Jadi kita tetapkan 15 Julai hingga 31 Ogos untuk mesyuarat cawangan diikuti mesyuarat perwakilan bahagian dan perhimpunan agung.

"Kedua-dua tarikh itu akan diumumkan selepas kita dapatkan maklum balas dari pasukan yang turun padang. Dan kita akan tengok dari segi kefahaman dan keperluan logistik untuk kendalikan pemilihan yang melibatkan jumlah begitu besar yang belum pernah kita lakukan sebelum ini," kata Najib. - Bernama

Yang di-Pertuan Agong mahu rakyat akur keputusan PRU13



Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mahu rakyat di negara ini akur dengan keputusan PRU13 yang telah ditentukan oleh mereka sendiri.

Sambil merakamkan tahniah kepada anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih, Seri Paduka berharap semua pihak di negara ini memelihara keutuhan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan sejak merdeka.

"Jika ada perbezaan pendapat, gunakanlah kaedah penyelesaian seperti mana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara," titah baginda sempena ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong esok yang disiarkan secara langsung menerusi RTM di sini malam ini.

Baginda bertitah: "Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan."

"Janganlah kita sekali-kali melemah dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan Falsafah Persekutuan yang selama ini mendasari ramuan kejayaan Malaysia," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim bertitah sebarang perubahan politik di negara ini perlulah dilakukan secara aman dan menerusi peti undi berpandukan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

"Apakah kita sanggup melihat Malaysia yang tercinta ini hancur dan lumpuh disebabkan oleh perbuatan kita sendiri. Merosakkan sebuah kejayaan amat mudah, namun untuk membinanya kembali amatlah sukar.

"Oleh itu, janganlah benarkan ia terjadi, wariskanlah Malaysia yang bersatu dan berjaya, kepada generasi Malaysia yang mendatang. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru terngadah, seribu penyesalan sudah tidak berguna," titah Seri Paduka.

Baginda mengingatkan anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih supaya berkhidmat dengan jujur, ikhlas dan terbaik untuk rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Tuanku Abdul Halim turut mengajak rakyat bersama-sama meneruskan usaha mencapai matlamat nasional untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Baginda mengingatkan semua pihak bahawa keamanan dan kemakmuran yang dinikmati saat ini bukannya datang bergolek, sebaliknya hasil daripada pelaksanaan yang teliti dan rapi oleh para pemimpin terdahulu.

"Menjelang tanggal 31 Ogos ini genaplah 56 tahun kita mencapai kemerdekaan, manakala pada 16 Sept pula kita akan meraikan 50 tahun pembentukan Malaysia.

"Hakikatnya, walaupun secara relatifnya Malaysia merupakan sebuah negara yang masih muda, namun kita telah berjaya meletakkan kedudukan negara pada tempat yang membanggakan seperti yang ada pada hari ini.

"Namun, walau sempurna mana pun strategi yang telah dirangka oleh kerajaan, walau secekap mana pun pelaksanaannya, jika tidak wujud keamanan dalam negara, mana mungkin semua hasrat yang diimpikan mampu dizahirkan," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim turut mengingatkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan anutan agama dipersatukan dengan lima prinsip Rukun Negara yang merupakan ideologi kebangsaan dan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara. - Bernama

Isnin, 27 Mei 2013

Najib jamin kerajaan boleh lakukan perubahan

27 Mei 2013

Datuk Seri Najib Tun Razak - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan oleh melakukan perubahan dalam negara dengan memahami keperluan belia.

Sambil menegaskan bahawa tidak ada yang bersifat tetap, perdana menteri berkata kerajaan mesti berani dan sedia melakukan perubahan yang dapat memenuhi ekpektasi rakyat.

"Sama ada cepat atau tidak, perubahan akan berlaku. Saya jamin bahawa kerajaan akan lakukan perubahan dalam negara, dan ini bererti memahami keperluan belia.

"Kita perlu mengubah sikap, strategi, program dan pendekatan kita kerana kita tidak lagi boleh menganggap apa yang kita amalkan sekarang sebagai penyelesaian terbaik untuk masa depan.

"Kita perlu punya minda terbuka dan bersikap pragmatik, bukan dogmatik," kata beliau dalam kiriman Facebooknya. - Bernama

Turun harga kereta perlukan masa



27 Mei 2013



KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton, kata JF Apex Securities.

Dalam nota hari ini, firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara.

"Kami tidak menjangkakan perubahan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sementara menunggu perkembangan terkini semakan ke atas Dasar Automotif Negara," kata JF Apex.

Kerajaan berjanji menurunkan harga kereta antara 20 peratus dan 30 peratus sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

JF Apex berkata pasaran kereta terpakai akan teruk terjejas jika harga kereta dikurangkan antara 20 peratus dan 30 peratus menerusi pengurangan duti eksais antara 75 peratus dan 105 peratus, yang menyumbang kepada sebahagian besar harga kereta.

"Pengurangan harga kereta akan mengurangkan insentif untuk menjual kereta terpakai memandangkan nilai kereta terpakai jatuh teruk," katanya.

Pada masa yang sama, kata firma penyelidikan itu motivasi untuk membeli kereta baharu adalah lebih tinggi memandangkan harga yang murah terutama bagi pembeli kali pertama Model Segmen B.

Bagaimanapun, minat tidak akan sama bagi pemilik kereta sedia ada yang mahu menjual kereta lama untuk membiayai kereta baharu.

"Namun impak pasaran kereta terpakai terkawal, memandangkan kerajaan tidak akan membenarkan perubahan drastik dalam sekelip mata kerana ini akan memberi kesan kepada industri automotif secara keseluruhan," kata JF Apex.

JF Apex juga berkata minat pembeli juga akan terarah untuk membeli kereta import dalam jangka panjang jika pengurangan duti eksais dilaksanakan, dengan pengurangan 30 peratus merupakan penjimatan yang besar.

"Atas sebab ini, jika pengurangan 30 peratus dilaksanakan, kami menjangkakan permintaan untuk kereta mewah akan meningkat, yang semestinya memberi manfaat kepada pembuat/pengedar seperti UMW (Lexus) dan DRB-Hicom (Volkswagen, Mercedes Benz).

"Ini akan mengorbankan Proton dan Perodua memandangkan hampir semua komponen kereta berkenaan dipasang dalam negara dan tidak dikenakan duti eksais," katanya. - Bernama

Sabtu, 20 April 2013

PRU13: 579 calon tanding kerusi Parlimen 1,321 Dun

20 April 2013

Mustapa (tengah) bersama calon BN kawasan Kuala Balah, Abd Aziz (dua, kiri) dan Adhan Kechik (Bukit Bunga) (tiga, kanan) hadir bagi menyerahkan borang pencalonan. - Foto Bernam

Nik Aziz menuju ke pusat penamaan calon di SMK Pengkalan Cepa 1. - Foto Bernama

Calon BN kerusi Gombak, Datuk Dr Raman Ismail (kanan) bersalam dengan lawannya Azmin Ali yang merupakan penyandang. - Foto Bernama

Calon BN kerusi Bukit Katil, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam bersalam dengan pencabarnya Shamsul Iskandar Mohd Akin (kanan). - Foto Bernama

Datuk Seri Najib Tun Razak bersalam dengan lawannya dari PKR Fariz Musa. - Foto Bernama

Calon BN, Datuk Seri Ahmad Said (kiri) dan calon Pas, Hazri Jusoh yang bertanding di kerusi Dun Kijal. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 579 kertas penamaan calon bagi 222 kerusi Parlimen, dan 1,324 bagi 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), sepanjang tempoh penamaan calon yang berlangsung dari 9 pagi hingga 10 pagi ini.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, daripada jumlah itu, tiga kertas pencalonan untuk kerusi Dun ditolak namun tiada pencalonan untuk kerusi Parlimen yang ditolak.

"Penolakan kertas-kertas penamaan calon oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya adalah disebabkan terdapat mereka yang datang menyerahkan kertas penamaan didapati tidak mempunyai kelayakan mengikut undang-undang yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pencalonan di kerusi Dun yang ditolak bagaimanapun tidak dinyatakan.

Kamaruddin berkata tiada calon yang menang tanpa bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dun, dan tiada calon yang menarik diri sehingga tempoh penamaan berakhir.

Kamaruddin berkata bagi kerusi Parlimen, seramai lapan calon berada dalam kategori umur 21-29 tahun, 77 calon (30-39 tahun), 145 calon (40-49 tahun), 223 calon (50-59 tahun) dan 126 calon berusia 60 tahun ke atas, manakala bagi kerusi Dun, seramai 26 calon dalam kategori 21-29 tahun, 176 calon (30-39 tahun), 455 calon (40-49 tahun), 492 calon (50-59 tahun) dan 172 calon lagi berusia 60 tahun ke atas.

Beliau berkata terdapat seorang calon di Melaka yang bertanding di kerusi Parlimen sebagai calon DAP, tetapi bertanding di kerusi DUN sebagai calon Bebas.

"SPR berpuas hati dengan perjalanan proses penamaan calon pada hari ini. Sepanjang tempoh penamaan calon berlangsung, SPR tidak menerima sebarang laporan/insiden yang tidak diingini yang boleh mengganggu atau menjejaskan perjalanan proses penamaan calon di negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Oleh itu SPR merumuskan perjalanan proses penamaan calon berjalan lancar. SPR mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu menjayakan proses penamaan calon dalam keadaan aman dan tenang," katanya.

Kamaruddin berkata bagi kerusi Parlimen, seramai lapan calon berada dalam kategori umur 21-29 tahun, 77 calon (30-39 tahun), 145 calon (40-49 tahun), 223 calon (50-59 tahun) dan 126 calon berusia 60 tahun ke atas, manakala bagi kerusi Dun, seramai 26 calon dalam kategori 21-29 tahun, 176 calon (30-39 tahun), 455 calon (40-49 tahun), 492 calon (50-59 tahun) dan 172 calon lagi berusia 60 tahun ke atas.

Beliau berkata terdapat seorang calon di Melaka yang bertanding di kerusi Parlimen sebagai calon DAP, tetapi bertanding di kerusi Dun sebagai calon Bebas.

"SPR berpuas hati dengan perjalanan proses penamaan calon pada hari ini. Sepanjang tempoh penamaan calon berlangsung, SPR tidak menerima sebarang laporan/insiden yang tidak diingini yang boleh mengganggu atau menjejaskan perjalanan proses penamaan calon di negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Oleh itu SPR merumuskan perjalanan proses penamaan calon berjalan lancar. SPR mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu menjayakan proses penamaan calon dalam keadaan aman dan tenang," katanya. - Bernama

Umno, DAP pecat ahli tanding calon Bebas

20 April 2013

Kamilia bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar sebagai calon Bebas. Beliau dipecat dari Umno secara automatik hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perasaan tidak puas hati berhubung pemilihan calon melarat hingga ke hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) hari ini, yang mengakibatkan dua anggota Umno serta dua anggota DAP dipecat secara automatik kerana bertanding sebagai calon Bebas.

Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim dan bekas timbalan menteri pertanian Datuk Seri Mohd Shariff Omar mengemukakan kertas pencalonan untuk bertanding sebagai calon Bebas masing-masing bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Tasek Gelugor.

Anggota DAP Sim Tong Him pula mengemukakan kertas pencalonan bagi mempertahan kerusi Parlimen Kota Melaka atas tiket parti itu, tetapi akan bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Laksamana kerana DAP meletakkan calon lain di situ.

Ketika dihubungi untuk mendapatkan komen beliau tentang tindakan anggota parti itu Jenice Lee bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Dun Teratai di Selangor, pengerusi jawatankuasa disiplin DAP Tan Kok Wai berkata anggota yang berbuat demikian akan terpecat secara automatik.

Di Kelantan, pengerusi BN negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau terkejut kerana calon pilihan BN Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan kertas pencalonan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Pasir Mas.

Kata Mustapa, beliau tidak dimaklumkan tentang keputusan Che Johan untuk tidak bertanding bagi kerusi itu dan akan merujuk kes berkenaan kepada jawatankuasa disiplin parti.

Terdapat desas-desus bahawa Che Johan berbuat demikian untuk memberi laluan kepada penyandang kerusi itu, yang juga Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Kerusi Parlimen Kuala Kangsar akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Kamilia, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN) dan Khalil Idham Lim Abdullah (Pas).

Bagi kerusi Tasek Gelugor, yang dimenangi Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada PRU 2008, calon BN Shabudin Yahaya akan ditentang calon Pas, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin dan Mohd Shariff.

Di Kota Melaka, Sim akan berdepan secara satu lawan satu dengan calon BN Dr Yee Kok Wah, manakala bagi kerusi DUN Kota Laksamana, beliau akan ditentang Datuk Chiw Ting Chai (BN) dan Lai Keun Ban (DAP).

Bagi kerusi Dun Teratai, Lee akan berdepan dengan pertandingan lima penjuru yang melibatkan calon BN Ben Liew, calon DAP Tiew Way Keng dan tiga calon Bebas. - Bernama

PAS, PKR bertembung di 7 kerusi

SUNGAI ACHEH, PULAU PINANG
Badrul Hisham Shaharin (PKR)
Mohd Yusni Mat Piah (PAS)
Datuk Mahmud Zakaria (BN)



KOTA DAMANSARA, SELANGOR

Ridzuan Ismail (PAS)
Mohd Nasir Hashim (PKR)
Halimaton Saadiah Bohan (BN)
Halmi Omar (Bebas)
Edros Abdullah (Bebas)
Suppiah Anandan (Bebas)



LABUAN, WILAYAH PERSEKUTUAN

Rosman Isli (BN)
Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR)
Hadnan Mohamad (PAS)



PANTI, JOHOR

Azlisham Azahar (PAS)
Datuk Baderi Dasuki (BN)
Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR)



SEBERANG TAKIR, TERENGGANU

Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (BN)
Zakaria Dagang (PAS)
Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR)



KOTA PUTERA, TERENGGANU

Mohd Mahdi Musa (BN)
Adam Mat Said (PAS)
Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR)



BUKIT BESI, TERENGGANU

Roslan Ismail (PAS)
Roslee Daud (BN)
Mohd Shamsul Mat Amin (PKR)

P.162 paling istimewa GELANG PATAH

             Saya tidak dapat mengkategorikan mana-mana kerusi yang lebih menarik dan sewajarnya menjadi tumpuan seluruh rakyat selain kerusi parlimen P.162 Gelang Patah, Johor.Setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak SPR sebentar tadi, P.162 bakal menyaksikan pertembungan yang paling bersejarah dalam politik Malaysia iaitu antara Penasihat DAP Lim Kit Siang dan bekas MB Johor, Abdul Ghani Othman.


Apa istimewanya P.162?P.162 mempunyai 106,772 pengundi berdaftar. Pecahan pengundi menurut kaum di P.162 adalah 52% Cina, 34% Melayu, 12% India dan 2% lain-lain kaum. Pada PRU ke 12 lalu calon BN-MCA Tan Ah Eng memperolehi 33,630 undi mengalahkan calon PKR Dr Zaleha Mustafa yang memperolehi 24,779 undi dengan kelebihan 8851 undi (pada PRU 2004 calon BN yang sama menang dengan majoriti 31,666 undi)


Ya apa istimewanya P.162?Ada beberapa faktor bakal meletakkan P.162 istimewa menurut pemerhatian saya.


PERTAMA: Umno tidak pernah bertanding dikerusi bukan Melayu. Jika dijumlahkan peratusan pengundi Cina, India dan lain-lain bermakna P.162 mempunyai 66% pengundi bukan Melayu berbanding 34% Melayu. Umno TIDAK pernah bertanding dikerusi seumpama ini sejak PRU 1959.KEDUA: Lim Kit Siang memang merupakan “hero” bagi para pengundi Cina dan kesitimewaan beliau adalah mampu bertanding dimana sahaja kerusi pilihan DAP, dan mampu mencatat kemenangan, walaupun pernah juga tewas. Pokoknya kerusi-kerusi ini lazimnya mempunyai majoriti pengundi yang besar, rata-rata melebihi 75% Cina, contohnya semasa beliau bertanding dan menang di Kota Melaka, Petaling Jaya, Tanjung dan terakhir Ipoh Timur. Kerusi seumpama P.162 tidak pernah dipertaruhkan buat “hero” DAP ini kecuali kini.


KETIGA: Umno tidak pernah bertanding lawan DAP sebegini sengit, orang kanannya bertempur dengan orang kanan DAP, tak pernah berlaku dalam sejarah PRU Malaysia.KEEMPAT: Jika Kit Siang menang, bermakna DAP sudah boleh ditonjolkan sebagai parti berbilang kaum sebenar kerana P.162 membuktikannya. Dan Kit Siang akan ternobat sekurang-kurangnya dalam rekod DAP sebagai “hero” sebenar-benarnya kerana berjaya menumpaskan orang kuat Umno di gelanggang BN.


KELIMA: Jika Ghani memang, bermakna Ghani adalah “giant killer” sebagaimana Kadoh Agundong satu ketika dahulu merebahkan Haris Salleh (Ketua Menteri Sabah) di Sabah. Dan ini bukan calang-calang punya “kill” kerana yang terbunuh adalah “hero” DAP.

dari Malasian Insider

KEENAM: Jika Ghani menang, awas Umno, dengan kehebatannya itu Ghani layak sahaja bertanding merebut jawatan Presiden Umno, kerana tidak pernah ada pencapaian seumpama ini oleh pemimpin kanan Umno dalam sejarah.


Senarai ini boleh dipanjangkan berjela-jela lagi bagi membuktikan keistimewaan P.162. Kerana istimewanya ia maka marilah kita mengharapkan agar keputusannya juga nanti istimewa. Yang terlibat dengan jentera Kit Siang di P.162 berkata Kit Siang cuba membuktikan kemampuan PR, meyainkan rakyat bahawa PR sudah bersedia dari Utara ke Selatan, sehinggakan beliau sendiri sanggup mengambil risiko bertanding di sini.


Ghani juga barangkali mahu membuktikan sesuatu.Apa pun semoga rakyat bijak membuat keputusan 5 Mei nanti.