Selasa, 13 Disember 2011

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN RM500

                     SYARAT PERMOHONAN BANTUAN RM500 | KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan semalam menjelaskan bahawa isi rumah yang layakmemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyaipendapatan kasar isi rumah RM3,000dan ke bawah.
 
"Ini merangkumi individu yang berkahwin; ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) sebatang kara," kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan semalam.
Seramai 5.2 juta isi rumah dijangka layak menerima bantuan RM500 sekali bayar itu dengan kos RM2.6 bilion.

Kementerian itu juga mengingatkan bahawa pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada 10 Disember ini hingga 10 Januari, 2012.

Borang pendaftaran boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan Malaysia, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta akhbar.
 
Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDNM.
 
Katanya, permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2012.

Ahad, 11 Disember 2011

TAKLIMAT BANTUAN RM500


              Taklimat bantuan RM500 akan di adakan di balai raya Kg Sri Bengkal pada 12hb. dis. 2011(Isnin) jam 09.00 malam. Semua penduduk dijemput hadir untuk mendengar taklimat dan tatacara mengisi borang tersebut. taklimat akan disampaikan oleh ketua kampung En Hassan dan dibantu oleh AJK sekian dimaklumkan agar mendapat kerjasama daripada pehak semua...admin