Jumaat, 27 April 2012

PENGHARGAAN KEPADA VETERAN UMNO DAN PN. SAYAH BINTI HADAN




UMNO CAWANGAN SRI BENGKAL
BAHAGIAN SRI GADING,

SRI GADING 83300, BATU PAHAT, JOHOR
http://umnosribengkal.blogspot.com

Ruj. Kami : UMNO/CSB/Pend /01/12
Tarikh       : 28/03/ 2012

Kepada;


Ahli UMNO Cawangan Sri Bengkal

 Tuan,

PENGHARGAAN KEPADA VETERAN UMNO DAN PN. SAYAH  BINTI  HADAN

Dengan segala hormatnya pekara diatas adalah dirujuk.
           
            Adalah dengan ini Tuan/puan dipersilakan hadir pada Persidangan Tahunan UMNO Cawangan untuk sama-sama memberi penghormatan dan penghargaan kepada Veteran UMNO yang telah menyumbang tenaga dan buah fikiran kepada Umno Cawangan serta penghargaan kepada Pn. Sayah binti Hadan sempena pesaraan beliau sebagai Jururawat Masyarakat di Kampung Sri Bengkal yang telah banyak mencurahkan bakti kepada penduduk Sri Bengkal. Sebagai Ahli Umno dan Masyarakat Sri Bengkal sama-sama kita hadir pada ketetapan berikut:
   
Tempat - Balai Raya Kg. Sri Bengkal. 

Tarikh - 29/04/ 2012 (Ahad)

Masa - 02.30 Petang
           
Sekian untuk makluman dan tindakan selanjutnya dari pihak Tuan/puan terima kasih.

            BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT



Yang Benar,   



(HASAN@HASAM BIN MD DAMIN)
Ketua Cawangan
UMNO Cawangan Sri Bengkal


Sk:       Fail      

persidangan tahunan umno cawangan sri bengkal


CAWANGAN SRI BENGKAL
BAHAGIAN SRI GADING,
SRI GADING 83300, BATU PAHAT, JOHOR
http://umnosribengkal.blogspot.com

Ruj. Kami : UMNO/CSB/Mes /02/12
Tarikh      : 28/03/ 2012

Kepada;

Tuan/Puan
 Ahli UMNO Cawangan Sri Bengkal



Tuan,

NOTIS PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAWANGAN SRI BENGKAL 2012

Dengan segala hormatnya pekara diatas adalah dirujuk.

2.                  Adalah dengan ini saya diarahkan untuk memaklumkan bahawa Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Sri Bengkal akan diadakan seperti butiran berikut;
                       
                        Tempat                       - Balai Raya Kg. Sri Bengkal.
Tarikh                        - 29/04/ 2012 (Ahad)
Masa                          - 02.30 Petang
                       

3.         Sehubungan daripada itu mengikut Fasal 17.5 dan Fasal 17,5.6 Perlambagan UMNO Tuan/puan sebagai Ahli adalah dijemput dan dipersilakan untuk hadir bersama-sama dalam mesyuarat tersebut...


            Sekian untuk makluman dan tindakan selanjutnya dari pihak Tuan/puan
terima kasih.

            BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT



Yang Menjalankan Tugas,     


(SALMAN BIN SABAR)
Setiausaha
UMNO Cawangan Sri Bengkal


Sk:       Pengerusi        
            Fail