Sabtu, 16 Jun 2012

PRU 13


Dr Puad Bimbang Johor Akan Terlepas ke tangan PAS?
BIMBANG dengan perkembangan yang diraih PAS bersama Pakatan Rakyat (PR), Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi seolah-olah ‘memaksa’ mengeluarkan kenyataan bahawa PAS Johor akan rugi besar.

Puad dilaporkan berkata demikian menerusi akhbar Sinar Harian semalam dengan beranggapan parti Islam itu berkemungkinan menghadapi kerugian berikutan isu perpecahan dan pergolakan yang berlaku di dalam DAP yang boleh menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kedua-dua parti itu mula goyah.

Bagaimanapun, akhir bulan lepas BN Johor sedikit goncang apabila berita mengenai dakwaan 10 ahli MCA dari bahagian Pengerang yang dikatakan keluar parti tersebar luas melalui media massa.

Difahamkan, tindakan itu dibuat dipercayai berkait rapat dengan isu RAPID yang begitu hangat di parlimen Pengerang.

Disamping itu, barangkali Puad cukup terkesan dengan kenyataan Pergerakan Rangkaian Aktiviti Penyatuan Insan (PERAPI) Johor yang berasa bimbang dengan sejumlah 45 peratus golongan muda yang baru pertama kali membuang undi dipercayai akan memberikan mandat kepada PR dalam pilihan raya umum (PRU 13) nanti.

Malah, kekhuatiran Puad pada Salahudin Ayub yang disebut-sebut bakal dinobatkan sebagai menteri besar Johor sekiranya berjaya ke Nusajaya turut menarik perhatian ahli Parlimen Batu Pahat itu.

Salahuddin sebelum ini mengesahkan akan kembali semula ke Johor. Sebagai calon di Pulai, Batu Pahat dan Tanjung Piai merupakan pilihannya untuk bertanding di tempat kelahiran  Naib Presiden PAS itu dalam PRU 13.

Soalnya, pengaruh siapa yang mula goyah dan pergolakan di parti manakah berlaku yang akan memberi kesan terhadap keyakinan rakyat dan akan diterjemahkan di kertas-kertas undi?

PRU 13


8 Kerusi Parlimen Di Johor Bakal Beralih Kepada PR

JOHOR BAHRU – Pakatan Rakyat (PR) menaruh keyakinan yang tinggi dengan menyasarkan sekurang-kurangnya 8 kerusi peringkat Parlimen di Johor bakal beralih tangan kepada pakatan pembangkang itu pada pilihan raya (PRU) 13 nanti.

Perkara itu dinyatakan secara tegas oleh Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli dengan katanya daripada 26 kerusi Parlimen yang adakan di negeri jolokan kubu kuat BN itu, sebanyak 8 kerusi berada dikenalpasti kawasan yang kurang selesa buat BN.

Hal ini kerana katanya, kawasan terbabit dikategorikan sebagai kerusi yang yang mempunyai pengundi campuran.

”Di Johor, daripada 26 kerusi Parlimen, sebanyak 18 kerusi berada dalam bahaya, kesemua kerusi-kerusi yang mempunyai pengundi campuran. Kalau tengok keadaan ‘mood’, saya yakin kami boleh dapat lapan kerusi di Johor,” ujarnya yang dipetik Sinar Harian semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi turut menambah bahawa kemampuan PR untuk memperolehi majoriti mudah dengan sejumlah 105 disasarkan bagi menerajui negara ini.

Keyakinan itu diterjemahkan katanya berdasarkan perkembangan demografi dan sokongan pengundi termasuk di Sabah, Sarawak dan Johor.

”Ini bukan lagi harapan. Kami yakin boleh perolehi 105 kerusi seleppas menolak beberapa kerusi, kemungkinan tiga hingga empat kerusi yang kami miliki akan menang di tempat-tempat lain.

”Pada pilihan raya umum 2008, kami menang 82 kerusi. Status quo jumlah 2008 akan kekal, selepas tolak dan tambah kerusi yang akan dimenangi dan kemungkinan kalah, kami yakin akan memperolehi kerusi tambahan di Johor, Sabah dan Sarawak,” katanya lagi.

admin//// biar betul atau saikologi.....