Sabtu, 11 Ogos 2012

Timbalan menteri: Tak perlu isytihar haram sokong DAP





Tidak perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah.

Bercakap kepada pemberita hari ini, anggota parlimen Temerloh itu juga berkata, jika tidak bersetuju dengan pandangan parti lain, mereka sentiasa boleh menyangkal atau mengetengahkan ideanya sendiri.

Utusan Malaysia sebelum ini, dengan memetik pandangan seorang guru pondok di Kelantan, menyifatkan haram untuk umat Islam menyokong DAP.