Selasa, 4 September 2012

UMNO JOHOR NAFI


Umno Johor Nafi Buat Kerja-Kerja KOTOR



Poster misteri menyokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), telah diedarkan di Johor.

Bagaimanapun, Umno Johor menafikan bahawa poster itu dicetak oleh parti tersebut dan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Imej pada poster itu, bersama dengan potret Muhyiddin dan bendera Malaysia, telah disebarkan secara meluas di Internet.

Poster itu berbunyi 'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU 13'di bahagian bawah dan 'Selamatkan Barisan Nasional' di atas.

Ia juga memaparkan logo BN dan Umno, serta tulisan 'Terbitan Barisan Nasional Negeri Johor'.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Tan berkata, mereka mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada para pengunjung, sambil mengedarkan poster tersebut.

Tan, seorang peniaga telefon bimbit, berkata, pemuda berkenaan memakai pakaian biasa dan tidak nampak seperti ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Semalam, Pemuda Umno Johor membuat laporan polis berhubung penyebaran poster tersebut di Johor Baru dan Kulaijaya, dengan mendakwa ia perbuatan untuk mencetuskan perselisihan antara pemimpin negara menjelang pilihan raya umum. ~mkini

Isnin, 3 September 2012

Cerita Khalid Samad (PAS)dan TS Shahril Samad (UMNO)


Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam

Pada Hari Raya kedua, seperti kebiasaan saya bersama keluarga beraya di rumah Bapa Saudara saya iaitu Dato Zaidan Othman. Beliau adalah adik lelaki ibu saya. Semua ahli keluarga berkumpul di situ termasuklah abang saya Tan Sri Shahrir bersama bapa serta emak saudara dan sepupu saya. Walaupun hubungan kekeluargaan kami semua adalah baik, seperti biasa, mereka yang pro-PR akan lebih bersama saya dan yang sebaliknya akan lebih bersama dengan abang saya. Hanya kali ini ada sedikit kelainan apabila muncul Tun Musa Hitam dan keluarganya bersama!

Rupa-rupanya Tun Musa Hitam adalah kawan baik Bapa Saudara saya Dato Zaidan. Tun merupakan pengapit semasa Dato’ Zaidan bersanding dan adalah junior setahun kepada beliau. Katanya, semasa kelam kabut pada hari persandingan, Dato Zaidan terlupa mengikat tali kasutnya dan beliau terpaksa melutut untuk mengikatkan tali kasut sahabatnya itu. Malahan, seperti kebiasaan pada masa itu, pengapit terpaksa bermalam bersama dengan bakal pengantin lelaki pada malam sebelum persandingan! Takut pengantin lelaki lari kut?

Tun juga turut bersalaman dengan saya dan duduk di kerusi bersebelahan saya. Dia menceritakan hal dirinya dan menyatakan bagaimana pada tahun 1986 merupakan tahun yang amat mencabar bagi dirinya. Penceraiannya dengan isterinya yang dari berasal dari Peru dan juga tekanan politik yang terpaksa beliau hadapi sungguh hebat. Saya pun terus bertanya, “mengapa Tun berundur dan tidak melawan apabila Dr. Mahathir berusaha menjatuhkan Tun?”. Tun Musa menjawab dengan nada yang selamba, “kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim.”

Selepas makan dan sebelum Tun ingin meninggalkan rumah bapa saudara saya, beliau menguatkan suaranya dan berkata secara seloka, “saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pilihan raya yang akan datang, tetapi di Lembah Klang saya ingin melihat kamu menang”, sambil menunjuk ke arah diri saya, “dan di Johor pula, Shahrir seorang sahaja yang menang!” Kami semua yang mendengarnya tergelak. “Shahrir seorang sahaja (dari BN) menang?” tanya saya. “Itu sudah pasti tidak senang didengari oleh Dr. Mahathir!” kata saya lagi. Tun tersenyum dan berkata, “I won’t tell you who I voted for in the last election”.

Zaman berubah seperti juga manusia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

PRU13 mungkin diadakan November ini.










SANDAKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'membayangkan' Pilihan Raya Umum Ke-13 mungkin diadakan November ini.


"Tahun ini amat unik, genap 66 tahun usia UMNO, 55 tahun negara mencapai kemerdekaan dan UMNO sudah bertapak selama 22 tahun di Sabah.


"11 darab 6 (UMNO), 11 darab 5 (merdeka), 11 darab 2 (UMNO Sabah), semuanya ada kaitan dengan angka 11," katanya sambil melirik senyuman.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian serentak mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Sandakan, Kinabatangan, Libaran, Batu Sapi dan Beluran (UMNO Zon 5) di sini hari ini.
-Utusan-

Apa Nak Jadi Ni


HOT ! Umno Johor mahu singkirkan Najib ?




PANAS! Poster Lobi Muhyiddin Jadi PM Tersebar!
Nampaknya desas-desus mengenai ura-ura Umno Johor mahu menobatkan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggantikan Najib Altanuya ternyata benar!


Ini dibuktikan dengan terpampangnya sebuah poster yang dipercayai dinaikkan di sebuah pusat membeli-belah di negeri karat Umno sejak beberapa hari lalu.

Menurut salah seorang pengunjung yang ditemui, orang Umno percaya Muhyiddin lebih layak untuk memimpin Malaysia berdasarkan perkembangan semasa yang tidak memihak Najib Altantuya dipercayai akibat campurtangan isterinya sendiri, Rosmah Mansor dalam hal pentadbiran negara.


Tambahnya lagi, hasil maklumat dalaman, sekiranya Najib Altanuya tidak diturunkan dari jawatannya sekarang, besar kemungkinan Umno dan Barisan Nasional akan kalah teruk bukan setakat di negeri kelahiran Umno itu bahkan kebanyakkan kawasan parlimen di Malaysia.


Dengan tajuk poster "Selamatkan Barisan Nasional" di bahagian atas manakala di bahagian bawahnya tertulis "Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM Sebelum PRU13" dipercayai diterbitkan oleh Barisan Nasional Negeri Johor, tidak syak lagi ia bakal mencetuskan perang antara kedua-dua pemimpin tertinggi negara yang sudah lama bertelingkah dalam soal dasar dan hala tuju kerajaan.

Sementara Najib Altantuya memilih slogan 'Malaysia dahulu baru Melayu', Muhyiddin pula jelas bertentangan dengan prinsip bosnya yang membuktikan bahawa kedua-dua mereka sudah tidak sehaluan lagi.


Setakat ini belum ada sebarang penafian mahupun kenyataan rasmi dikeluarkan Muhyiddin atau badan perhubungan Umno dan BN negeri yang diketuai Menteri Besar, Ghani Othman.-JP


Ahli Parlimen Umno Johor mula pertikai tindakan Najib

Kegelabahan Najib dalam negeri deposit tetap terpaksa membuat u-turn untuk mengambilalih lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) mula disanggah oleh ahli palimen UMNO sendiri dan belum pernah seorang ahli parlimen sanggah keputusan perdana menteri yang kununnya semua keputusannya betul belaka!


Keputusan kerajaan itu katanya, untuk mengambilalih Lebihraya Penyuraian Timur (EDL) di Johor Baru adalah sebahagiannya sekurang-kurangnya disebabkan oleh tekanan dari maklumat salah disebarkan oleh pembangkang dan bukanlah satu langkah baik, kata ahli parlimen Pulai dari Umno.


Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang juga ketua Umno bahagian Pulai menambah bahawa kerajaan tidak seharusnya mengubah perjanjian penswastaan hasil perbincangan bertahun-tahun dan selepas kontrak telah telah ditandatangani. Mungkin menyanggah tindakan Najib satu perancangan Umno Johor.
-selatanonline-

Ahmad Zahid: Ahli Umno perlu terima calon ditentukan parti

3 September 2012

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

SHAH ALAM- Anggota Barisan Nasional (BN) dan Umno khususnya, perlu mengubah minda dengan menerima calon yang ditentukan pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan itu perlu bagi memastikan usaha memenangi PRU akan datang dengan majoriti lebih selesa dapat dicapai.

Beliau berkata unsur sabotaj seperti yang berlaku pada PRU lepas juga tidak sepatutnya berulang dan kepentingan parti perlu menjadi keutamaan berbanding kepentingan individu.

"Soal calon yang telah ditentukan pucuk pimpinan, kita harus terima sebagai calon yang mewakili parti yang akan membentuk sebuah kerajaan negeri atau calon yang akan memenangkan parti.

"Ia bukan sahaja membentuk kerajaan persekutuan tetapi juga mendapatkan lebih dua pertiga majoriti kerusi di Dewan Rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Umno Bahagian Shah Alam, yang dihadiri kira-kira 1,000 perwakilan di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan turut mengingatkan jentera BN Selangor supaya melaksanakan tugas dengan penuh komitmen bagi menebus semula kesilapan yang berlaku pada PRU lepas.

Beliau berkata berbanding 2008, 'mood' rakyat terhadap BN di negeri itu dilihat berbeza kali ini, lebih-lebih lagi selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menjadi Pengerusi BN Selangor dan memberi komitmen sepenuhnya terhadap kawasan yang gagal dimenangi parti itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid menawarkan diri membantu memperkuatkan pusat daerah mengundi (PDN) dan jentera parti di Selangor sebagai persediaan menghadapi PRU akan datang.

Beliau dalam pada itu, meminta anggota parti supaya mendekati pengundi atas pagar yang merupakan antara faktor penentu kemenangan BN.

"Sebanyak 39.5 peratus purata pengundi merupakan pengundi atas pagar dan undi mereka ini ialah penentu kemenangan parti dalam PRU. Kita harus dekati dan yakinkan mereka untuk terus bersama kita," katanya. -Bernama

Isu bendera: Mengaku tidak wakili parti

WARTAWAN SINAR HARIAN
3 September 2012

Individu dikenali sebagai Singa Selatan bersama rakannya, Zairi (kanan) mengibar bendera Sang Saka Malaya.

SHAH ALAM – Individu bawa bendera baru dalam Himpunan Janji Demokrasi mengakui dalam blognya dia bersama rakannya adalah individu bertanggungjawab membawa bendera 'Sang Saka Malaya'.

Pemilik blog Singa Selatan itu berkata, dia hadir ke program itu tanpa mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan atau pembangkang, sebaliknya mewakili golongan muda.Beliau mendakwa mahu tonjolkan kebenaran dan sejarah yang ditenggelamkan pihak bertanggungjawab.

“Jauh sekali bermotif untuk menukar bendera Malaysia kepada Sang Saka Malaya kerana sebaliknya ia ditukar menjadi Jalur Gemilang pada hari ini,” katanya dalam blog singaselatan.blogspot.com.

Menurutnya, penerangan dalam blognya itu bukan mencari publisiti, tetapi beri pendedahan kepada masyarakat mengenai tujuan asal mengibarkan bendera itu.

Katanya, ramai tidak tahu kewujudan kesatuan terawal terlibat menentang penjajah iaitu Kesatuan Melayu Malaya (KMM) ditubuhkan pada 1938.

“Di sini permulaan bibit penentangan penjajah. Ia diketuai Ibrahim Yaakob bertujuan melindungi hak orang Melayu dan menentang British,” katanya.

Menurutnya, Sang Saka Malaya simbolik panji perjuangan dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu.

Katanya, dia dan rakannya merasakan bendera itu layak dikibar pada malam kemerdekaan selain Jalur Gemilang.