Sabtu, 12 Januari 2013
SPR: PRU13 paling sengit
SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan berlangsung tidak lama lagi sebagai PRU paling getir dan paling sengit dalam sejarah pilihan raya negara, sejak 1959.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, SPR beranggapan begitu kerana parti-parti bertanding hari ini dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan calon mereka menang.
Menurutnya lagi, cabaran ini ditambah lagi dengan penglibatan agresif pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu parti sokongan mereka.
“Pada Pilihan Raya Umum 2008, parti pembangkang belum menjadi kerajaan. Mereka masuk pilihan raya (masa itu) dengan harapan boleh menang.
“Kali ini (pada PRU13), mereka sudah menjadi kerajaan di beberapa negeri dan cita-cita mereka bertambah besar. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk menang kali ini.
Begitu juga pihak sebaliknya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Terdahulu beliau menghadiri majlis taklimat PRU13 kepada pengurusan editorial Sinar Harian dan Sinar Harian Online di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.
Wan Ahmad menasihatkan NGO-NGO tertentu yang sanggup mengumpul ribuan sukarelawan untuk memantau perjalanan PRU13 supaya tidak mengganggu proses pilihan raya yang telah ditetapkan undang-undang.
“Sukarelawan ini, jika aktivis politik pun, tidak semestinya mereka tahu undang-undang. Mereka rasa mereka rakyat, jadi mereka boleh mengacau proses pilihan raya. Perkara-perkara ini boleh menjadi punca pencetus keadaan tegang,” katanya.
Mengenai bajet RM400 juta yang telah diperuntukkan kepada SPR untuk mengadakan PRU13, Wan Ahmad menegaskan jumlah tersebut bukanlah kos sebenar yang akan dibelanjakan.
Katanya, jumlah tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Perbendaharaan Negara bagi memastikan kewangan SPR mencukupi untuk menjamin perjalanan pilihan raya berjalan dengan baik dan lancar.
“Oleh kerana banyak perkara baru yang diperkenalkan kali ini, kita tidak mahu memandang remeh perkara-perkara tersebut. Kita mahu adakan pilihan raya selancar mungkin.
“Jumlah perbelanjaan sebenar hanya diketahui selepas pilihan raya. Selalunya perbelanjaan lebih rendah daripada yang diperuntukkan,” katanya.
Kata Wan Ahmad, perbelanjaan pada PRU 2008 lalu adalah RM250 juta.
Ditanya apakah caranya untuk mengurangkan kos pilihan raya, Wan Ahmad menegaskan ia sukar dikurangkan kerana jumlah pengundi, petugas dan logistik semakin bertambah.
“Kalau kita boleh rendahkan kos, ia adalah melalui kos pengangkutan. Sekarang kos meningkat kerana kita terpaksa membawa cikgu-cikgu yang akan bertugas menjadi petugas SPR untuk latihan. Kita kena adakan latihan untuk mereka di seluruh negara.
“Ada yang terpaksa menyewa hotel dan bas. Kosnya bukan sedikit. Begitu juga jika petugas merasakan perlu ada latihan ulangan, SPR kena adakan latihan tersebut. Kita tidak boleh kata baca manual sendiri. Kita tidak boleh ada sebarang kesilapan,” katanya.
Dewan Rakyat akan terbubar dengan sendirinya pada 28 April 2013, kecuali Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkannya lebih awal. Selepas pembubaran, SPR mempunyai 60 hari untuk mengadakan PRU.
Pada PRU13 ada 13.26 juta pengundi berdaftar. Terdapat 8,139 pusat mengundi di 222 kawasan Parlimen di seluruh negara.
Ahad, 6 Januari 2013
Najib: Undi untuk BN, undi untuk masa depan
8:29PM Jan 5 2013 |
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata setiap satu undi untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU) nanti, bermakna "satu undi untuk masa depan".
Katanya beliau optimis rakyat tidak akan memperjudikan masa depan kepada pihak pembangkang, sebaliknya rakyat kini dilihat semakin yakin dengan kerajaan BN untuk terus menerajui negara bagi mencapai wawasan negara maju.
"Alhamdulillah, sekarang rakyat (dilihat) bertambah yakin dengan kerajaan Barisan Nasional, undi satu untuk BN adalah adalah satu undi untuk masa depan, (kalau) undi pembangkang, (masa depan) tidak menentu," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dan minum petang bersama pemimpin setempat Dewan Undangan Negeri kawasan Pulau Manis di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai, di Kuantan, Sabtu.
Perdana Menteri berkata kerajaan BN adalah kerajaan yang sentiasa prihatin dengan setiap masalah yang dihadapi rakyat.
"Kalau rakyat susah, kerajaan prihatin, wang ehsan (bantuan untuk rakyat misalnya) baru permulaan, nanti kita akan bagi lagi, ini adalah konsep kerajaan Barisan Nasional," katanya.
Najib berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) misalnya, dapat diberikan kepada rakyat kerana kerajaan dapat menguruskan kewangan negara dengan baik.
"Kalau kita tidak rancang secara sistematik, kita tentu akan dapat hasil yang mengecewakan, pihak pembangkang katanya nak buat perubahan, adakah perubahan itu baik atau lebih buruk, tidak semua perubahan akan lebih baik tapi mungkin kekecewaan," katanya.
Najib berkata negara Malaysia sebenarnya telah mencapai satu kejayaan tertentu yang setaraf dengan negara maju yang diiktiraf negara-negara luar dan badan-badan tertentu.
"Ini kita dapat lihat dari segi tadbir negara, agenda transformasi telah beri keyakinan kepada dunia dan daya saing kita mengikut pihak yang buat penarafan, Malaysia adalah antara 14 buah negara yang setaraf dengan negara-negara maju," katanya.
Beliau berkata kisah kejayaan negara dalam pelbagai bidang bukanlah sesuatu yang boleh dinafikan, sebaliknya ianya terbukti menerusi pengiktirafan oleh syarikat-syarikat besar dan antarabangsa.
"(Contohnya) Tadi terbang (menaiki pesawat ke Kuantan) dengan AirAsia sebab saya nak bagi sokongan kepada syarikat yang jenamanya sudah sampai ke peringkat internasional, (dahulu), duaflight uzur (berusia) 11 tahun dulu, kini (AisAsia) ada 145 pesawat, (dahulu) 250 penumpang, kini 38 juta (penumpang), ini adalah kejayaan yang patut kita banggakan," katanya.
Beliau berkata fasa pertama pembinaan projek Aliran Transit Massa (MRT) misalnya, yang dijangka siap pada akhir 2016, juga adalah antara contoh kejayaan negara dan kejayaan kerajaan BN dalam mengurus dan mentadbir negara ini.
"Semalam saya lihat pelaksanaan MRT, saya bangga, bangga anak muda kita adalah jurutera dan terlibat dalam projek besar, ia (projek MRT) akan letak Kuala Lumpur sebagai bandar raya maju di dunia, 45 peratus (projek berkenaan) dikendalikan syarikat-syarikat tempatan," katanya.
- Bernama

Langgan:
Catatan (Atom)