Sabtu, 9 Jun 2012

DS Najib timbang beri BR1M kedua

 

KULIM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedang mempertimbangkan cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua.
"Saya sedang pikiaq (fikir), pikiaq," katanya kepada lebih 30,000 pengunjung pada Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini hari ini.

Dipetik Bernama, Najib berkata, BR1M adalah antara janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat.

Semalam,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencadangkan kepada Kabinet supaya kerajaan memberikan lagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat.

Bulan lalu, Sinar Harian ada membawa laporan memetik beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang mengesyorkan agar pemberian BR1M dilanjutkan buat kali kedua sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.

Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) berpendapat bahawa pemberian BR1M kali kedua akan mengurangkan beban rakyat dan bentuk bantuan tunai sedemikian lebih digemari rakyat.

Naib Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, cadangan itu akan disuarakan oleh BNBBC pada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 11 Jun ini. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga melahirkan pandangan agar BR1M diberi untuk kali kedua.

Mengulas lanjut, Najib berkata kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang boleh menjamin perkara-perkara yang penting kepada rakyat seperti keamanan, kestabilan dan keharmonian.

"Hari ini saya tengok ramai yang berhimpun tetapi polis yang ada `happy' (gembira) je. Takde rasa cemas, takde pun nak guna `shield' (pelindung). Depa (mereka) sana, mereka buat huru hara, kacau bilau dan serang polis. Bolehkah sandarkan harapan kepada mereka (pembangkang) untuk menjaga negara," katanya.

Katanya, rakyat Malaysia tidak sukakan suasana hura-hara kerana negara ini merupakan sebuah negara yang makmur dan bukan seperti negara-negara yang berlaku revolusi Arab atau 'Arab Spring'.

Najib berkata, Malaysia mampu mencapai kadar pertumbuhan yang baik dan gaji penjawat awam dinaikkan berikutan pentadbiran BN yang cekap sedangkan penjawat awam di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah, bukan sahaja gaji tidak dinaikkan malah ada yang terpaksa dipotong gaji mereka.

Najib berkata, ada pemimpin tertentu menggunakan fatwa ulama terkenal Yusuf Al Qaradawi bahawa kerajaan yang zalim wajib digulingkan, tetapi fatwa itu sebenarnya untuk Mesir dan Libya dan bukan untuk Bahrain, Qatar, Arab Saudi dan Malaysia atau negara-negara lain.

"Hanya untuk dua negara itu sahaja. Di Malaysia kita bukan kerajaan zalim. ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pun dah takde. Kini ada undang-undang perhimpunan aman.

"Sesiapa pun boleh boleh berhimpun asalkan aman. Pembangkang pun boleh buat," katanya.

Jumaat, 8 Jun 2012

SENARAI PARTI-PARTI POLITIK DI MALAYSIA

Terdapat 31 parti politik di Malaysia yang telah berdaftar simbol dengan SPR bagi kegunaan semasa pilihan raya mengikut subperaturan 11 (2) (c) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

PARTI YANG BERDAFTAR DENGAN SPR


 
Barisan Nasional
(BN)


 

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)


Parti Keadilan Rakyat (PKR)

 
Parti Islam Se Malaysia (PAS)

 

Parti Rakyat Malaysia
(PRM)


 

Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu
(UPKO)



Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA)


Parti Tindakan Demokratik (DAP)



Parti Liberal Demokratik (LDP)


Parti Progresif Penduduk Malaysia
(PPP)



Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA)
Malaysia United People’s Party (MUPP)



Parti Maju Sabah (SAPP)



Parti Reformasi Negeri
Sarawak (STAR)



Parti Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA)


Parti Pekerja Sarawak (SWP)

 Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN)



Parti Barisan India Se-Malaysia (AMIPF)


Parti Punjabi Malaysia (PPM)


Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO)



Parti Pekerja-Pekerja Malaysia



Sarawak United People’s Party (SUPP)


Parti Demokratik Progresif Party (SPDP)


Parti Kongres India Malaysia (MIC)


Parti Bersatu Sabah (PBS)



Barisan Jemaah Islamiah
Se-Malaysia (BERJASA)



Parti Persatuan Cina Malaysia (MCA)


Parti Kongres
Ceylonese Malaysia





Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)



Parti Sosialis Malaysia
(PSM)


 Parti Rakyat Sarawak (PRS)


Parti Cinta Malaysia
(PCM)



Parti MakkalSakti
Malaysia (M.M.S.P)

 

Ekonomi global, risiko PRU13 lambat

Menurut sembang politik di kedai kopi terdapat tiga jendela waktu yang dikira sesuai untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) iaitu sebelum Ramadan (akhir Jun/awal Julai), selepas raya- September dan sesudah Tahun Baru Cina 2013.

Justeru, Perdana Menteri ada fleksibiliti tinggi dalam memilih antara jendela waktu ini.

Namun, situasi ekonomi global yang tidak menentu menyulitkan pilihan ini. Kemenangan pemimpin sosialis Perancis, Francois Hollande dalam Pilihan Raya Presiden, kemelesetan di Greece dan kelembapan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat serta perkembangan ekonomi China yang semakin perlahan bermakna kita juga pasti akan merasa tempiasnya.

Pada masa sama, kemenangan calon Parti Pekerja dalam Pilihan Raya Kecil Hougang di Singapura hujung minggu lalu memperlihatkan pola pengundian yang menentang jentera parti pemerintah yang kuat.

Menentukan tarikh pilihan raya itu sendiri merupakan suatu seni. Banyak faktor harus dipertimbangkan dari kesiap sediaan parti, mesej di media dan penerimaan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan.

Pilihan raya tidak pernah berlaku dalam ruang vakum.

Kita tidak boleh mengetepikan arena antarabangsa, terutama perkembangan yang memberi kesan langsung kepada ekonomi kita. Malangnya, hari ini kita masih terlalu fokus kepada pertempuran politik domestik dari persoalan kebebasan sivil, mengenai kaum dan agama.

Berlatarbelakangkan iklim ekonomi dunia yang malap, Perdana Menteri tidak lagi mempunyai lebihan masa untuk membubarkan Parlimen awal tahun hadapan.

Pemacu pertumbuhan ekonomi semuanya sedang mengalami penurunan. Lihat pada statistik yang ada, pertumbuhan ekonomi China menurun kepada 8.1 peratus berbanding 8.3 peratus yang diramalkan. Sememangnya ini melebihi unjuran awal kerajaan dan jauh mengatasi Barat.

Namun, ketepatan angka ini diragui. Seperti dilaporkan akhbar Financial Times baru-baru ini, petunjuk lain seperti pertumbuhan pengeluaran industri mengalami penurunan ke 9.3 peratus pada April berbanding 11.9 peratus sebulan sebelumnya serta pertumbuhan import yang lemah (0.3 peratus sahaja pada April berbanding tahun sebelumnya) sememangnya mengesahkan penurunan kadar pertumbuhan ekonomi China yang cukup membimbangkan.

Dalam satu lagi indeks dikeluarkan bank HSBC yang mengukur aktiviti perindustrian di China setiap bulan, indeks Mei masih mengekalkan tren menurun ke 48.7 peratus dari 49.3 peratus (April). Ini bulan ketujuh indeks ini berada di bawah paras 50, mengesahkan perlahannya pertumbuhan ekonomi China.

Angka-angka yang agak memeranjatkan ini muncul kala ketidakstabilan politik di China ekoran pemecatan dan penahanan salah seorang pemimpinnya yang popular, Bo Xilai dan pertelingkahan Laut China Selatan dengan Filipina.

Amerika Syarikat pula masih gagal baik pulih ekonominya dengan pantas setelah kegawatan 2008/2009. Jumlah pekerjaan baru bukan ladang yang berjaya dihasilkan pada April 2012 hanya 170,000, dan ini menyulitkan penurunan kadar pengangguran yang masih di tahap tinggi iaitu 8.2 peratus. Pertumbuhan satu lagi gergasi Asia, India pula dijangka tidak sebesar sasaran iaitu 9 peratus dan hanya akan mencapai sekitar 6.9 peratus ekoran kelemahan kerajaan lakukan reformasi yang secukupnya.

Eropah pula sedang alami masa gelap dan kemungkinan terpaksa melakukan devaluasi mata wang untuk selamatkan ekonomi mereka, situasi yang hampir serupa dengan Asia Tenggara di penghujung 1990an.

Dengan dasar yang bercanggah dari satu negara ke negara lain, dari penjimatan ke populisme, ternyata mereka tidak mampu untuk berfikir secara rasional dan sekata dalam mengambil langkah berkesan untuk menangani krisis ekonomi sedang melanda.

Sememangnya, perkembangan ini tidak untungkan Malaysia sama sekali. Semua negara di atas adalah pelanggan barangan eksport kita. Sebarang kegawatan ekonomi global pasti akan beri kesan yang besar kepada negara kita.

Situasi politik domestik di Malaysia sudah berada dalam kedudukan terbaik. Masalah lebih besar menanti kerajaan ialah bagaimana untuk berdepan ekonomi global yang buruk.

Kita memerlukan pilihan raya secepat mungkin supaya kerajaan dengan mandat yang kuat dan baru dapat dibentuk untuk menyediakan negara berdepan dengan krisis ekonomi dunia.

Akhiri teka-teki pilihan raya dan fokus kepada mentadbir negara. Perdana Menteri kita sememangnya dikenali sebagai seorang pemimpin tidak gemar mengambil risiko.

Justeru, memandangkan kita sudah melangkah ke bulan Jun dan ditambah dengan senario ekonomi global yang malap, melambatkan pilihan raya bukanlah langkah bernas kerana ia hanya akan meningkatkan risiko untuk parti dan kerajaan!