Sabtu, 20 April 2013

PRU13: 579 calon tanding kerusi Parlimen 1,321 Dun

20 April 2013

Mustapa (tengah) bersama calon BN kawasan Kuala Balah, Abd Aziz (dua, kiri) dan Adhan Kechik (Bukit Bunga) (tiga, kanan) hadir bagi menyerahkan borang pencalonan. - Foto Bernam

Nik Aziz menuju ke pusat penamaan calon di SMK Pengkalan Cepa 1. - Foto Bernama

Calon BN kerusi Gombak, Datuk Dr Raman Ismail (kanan) bersalam dengan lawannya Azmin Ali yang merupakan penyandang. - Foto Bernama

Calon BN kerusi Bukit Katil, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam bersalam dengan pencabarnya Shamsul Iskandar Mohd Akin (kanan). - Foto Bernama

Datuk Seri Najib Tun Razak bersalam dengan lawannya dari PKR Fariz Musa. - Foto Bernama

Calon BN, Datuk Seri Ahmad Said (kiri) dan calon Pas, Hazri Jusoh yang bertanding di kerusi Dun Kijal. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 579 kertas penamaan calon bagi 222 kerusi Parlimen, dan 1,324 bagi 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), sepanjang tempoh penamaan calon yang berlangsung dari 9 pagi hingga 10 pagi ini.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, daripada jumlah itu, tiga kertas pencalonan untuk kerusi Dun ditolak namun tiada pencalonan untuk kerusi Parlimen yang ditolak.

"Penolakan kertas-kertas penamaan calon oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya adalah disebabkan terdapat mereka yang datang menyerahkan kertas penamaan didapati tidak mempunyai kelayakan mengikut undang-undang yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pencalonan di kerusi Dun yang ditolak bagaimanapun tidak dinyatakan.

Kamaruddin berkata tiada calon yang menang tanpa bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dun, dan tiada calon yang menarik diri sehingga tempoh penamaan berakhir.

Kamaruddin berkata bagi kerusi Parlimen, seramai lapan calon berada dalam kategori umur 21-29 tahun, 77 calon (30-39 tahun), 145 calon (40-49 tahun), 223 calon (50-59 tahun) dan 126 calon berusia 60 tahun ke atas, manakala bagi kerusi Dun, seramai 26 calon dalam kategori 21-29 tahun, 176 calon (30-39 tahun), 455 calon (40-49 tahun), 492 calon (50-59 tahun) dan 172 calon lagi berusia 60 tahun ke atas.

Beliau berkata terdapat seorang calon di Melaka yang bertanding di kerusi Parlimen sebagai calon DAP, tetapi bertanding di kerusi DUN sebagai calon Bebas.

"SPR berpuas hati dengan perjalanan proses penamaan calon pada hari ini. Sepanjang tempoh penamaan calon berlangsung, SPR tidak menerima sebarang laporan/insiden yang tidak diingini yang boleh mengganggu atau menjejaskan perjalanan proses penamaan calon di negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Oleh itu SPR merumuskan perjalanan proses penamaan calon berjalan lancar. SPR mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu menjayakan proses penamaan calon dalam keadaan aman dan tenang," katanya.

Kamaruddin berkata bagi kerusi Parlimen, seramai lapan calon berada dalam kategori umur 21-29 tahun, 77 calon (30-39 tahun), 145 calon (40-49 tahun), 223 calon (50-59 tahun) dan 126 calon berusia 60 tahun ke atas, manakala bagi kerusi Dun, seramai 26 calon dalam kategori 21-29 tahun, 176 calon (30-39 tahun), 455 calon (40-49 tahun), 492 calon (50-59 tahun) dan 172 calon lagi berusia 60 tahun ke atas.

Beliau berkata terdapat seorang calon di Melaka yang bertanding di kerusi Parlimen sebagai calon DAP, tetapi bertanding di kerusi Dun sebagai calon Bebas.

"SPR berpuas hati dengan perjalanan proses penamaan calon pada hari ini. Sepanjang tempoh penamaan calon berlangsung, SPR tidak menerima sebarang laporan/insiden yang tidak diingini yang boleh mengganggu atau menjejaskan perjalanan proses penamaan calon di negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Oleh itu SPR merumuskan perjalanan proses penamaan calon berjalan lancar. SPR mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu menjayakan proses penamaan calon dalam keadaan aman dan tenang," katanya. - Bernama

Umno, DAP pecat ahli tanding calon Bebas

20 April 2013

Kamilia bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar sebagai calon Bebas. Beliau dipecat dari Umno secara automatik hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perasaan tidak puas hati berhubung pemilihan calon melarat hingga ke hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) hari ini, yang mengakibatkan dua anggota Umno serta dua anggota DAP dipecat secara automatik kerana bertanding sebagai calon Bebas.

Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim dan bekas timbalan menteri pertanian Datuk Seri Mohd Shariff Omar mengemukakan kertas pencalonan untuk bertanding sebagai calon Bebas masing-masing bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Tasek Gelugor.

Anggota DAP Sim Tong Him pula mengemukakan kertas pencalonan bagi mempertahan kerusi Parlimen Kota Melaka atas tiket parti itu, tetapi akan bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Laksamana kerana DAP meletakkan calon lain di situ.

Ketika dihubungi untuk mendapatkan komen beliau tentang tindakan anggota parti itu Jenice Lee bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Dun Teratai di Selangor, pengerusi jawatankuasa disiplin DAP Tan Kok Wai berkata anggota yang berbuat demikian akan terpecat secara automatik.

Di Kelantan, pengerusi BN negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau terkejut kerana calon pilihan BN Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan kertas pencalonan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Pasir Mas.

Kata Mustapa, beliau tidak dimaklumkan tentang keputusan Che Johan untuk tidak bertanding bagi kerusi itu dan akan merujuk kes berkenaan kepada jawatankuasa disiplin parti.

Terdapat desas-desus bahawa Che Johan berbuat demikian untuk memberi laluan kepada penyandang kerusi itu, yang juga Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Kerusi Parlimen Kuala Kangsar akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Kamilia, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN) dan Khalil Idham Lim Abdullah (Pas).

Bagi kerusi Tasek Gelugor, yang dimenangi Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada PRU 2008, calon BN Shabudin Yahaya akan ditentang calon Pas, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin dan Mohd Shariff.

Di Kota Melaka, Sim akan berdepan secara satu lawan satu dengan calon BN Dr Yee Kok Wah, manakala bagi kerusi DUN Kota Laksamana, beliau akan ditentang Datuk Chiw Ting Chai (BN) dan Lai Keun Ban (DAP).

Bagi kerusi Dun Teratai, Lee akan berdepan dengan pertandingan lima penjuru yang melibatkan calon BN Ben Liew, calon DAP Tiew Way Keng dan tiga calon Bebas. - Bernama

PAS, PKR bertembung di 7 kerusi

SUNGAI ACHEH, PULAU PINANG
Badrul Hisham Shaharin (PKR)
Mohd Yusni Mat Piah (PAS)
Datuk Mahmud Zakaria (BN)



KOTA DAMANSARA, SELANGOR

Ridzuan Ismail (PAS)
Mohd Nasir Hashim (PKR)
Halimaton Saadiah Bohan (BN)
Halmi Omar (Bebas)
Edros Abdullah (Bebas)
Suppiah Anandan (Bebas)



LABUAN, WILAYAH PERSEKUTUAN

Rosman Isli (BN)
Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR)
Hadnan Mohamad (PAS)



PANTI, JOHOR

Azlisham Azahar (PAS)
Datuk Baderi Dasuki (BN)
Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR)



SEBERANG TAKIR, TERENGGANU

Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (BN)
Zakaria Dagang (PAS)
Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR)



KOTA PUTERA, TERENGGANU

Mohd Mahdi Musa (BN)
Adam Mat Said (PAS)
Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR)



BUKIT BESI, TERENGGANU

Roslan Ismail (PAS)
Roslee Daud (BN)
Mohd Shamsul Mat Amin (PKR)

P.162 paling istimewa GELANG PATAH

             Saya tidak dapat mengkategorikan mana-mana kerusi yang lebih menarik dan sewajarnya menjadi tumpuan seluruh rakyat selain kerusi parlimen P.162 Gelang Patah, Johor.Setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak SPR sebentar tadi, P.162 bakal menyaksikan pertembungan yang paling bersejarah dalam politik Malaysia iaitu antara Penasihat DAP Lim Kit Siang dan bekas MB Johor, Abdul Ghani Othman.


Apa istimewanya P.162?P.162 mempunyai 106,772 pengundi berdaftar. Pecahan pengundi menurut kaum di P.162 adalah 52% Cina, 34% Melayu, 12% India dan 2% lain-lain kaum. Pada PRU ke 12 lalu calon BN-MCA Tan Ah Eng memperolehi 33,630 undi mengalahkan calon PKR Dr Zaleha Mustafa yang memperolehi 24,779 undi dengan kelebihan 8851 undi (pada PRU 2004 calon BN yang sama menang dengan majoriti 31,666 undi)


Ya apa istimewanya P.162?Ada beberapa faktor bakal meletakkan P.162 istimewa menurut pemerhatian saya.


PERTAMA: Umno tidak pernah bertanding dikerusi bukan Melayu. Jika dijumlahkan peratusan pengundi Cina, India dan lain-lain bermakna P.162 mempunyai 66% pengundi bukan Melayu berbanding 34% Melayu. Umno TIDAK pernah bertanding dikerusi seumpama ini sejak PRU 1959.KEDUA: Lim Kit Siang memang merupakan “hero” bagi para pengundi Cina dan kesitimewaan beliau adalah mampu bertanding dimana sahaja kerusi pilihan DAP, dan mampu mencatat kemenangan, walaupun pernah juga tewas. Pokoknya kerusi-kerusi ini lazimnya mempunyai majoriti pengundi yang besar, rata-rata melebihi 75% Cina, contohnya semasa beliau bertanding dan menang di Kota Melaka, Petaling Jaya, Tanjung dan terakhir Ipoh Timur. Kerusi seumpama P.162 tidak pernah dipertaruhkan buat “hero” DAP ini kecuali kini.


KETIGA: Umno tidak pernah bertanding lawan DAP sebegini sengit, orang kanannya bertempur dengan orang kanan DAP, tak pernah berlaku dalam sejarah PRU Malaysia.KEEMPAT: Jika Kit Siang menang, bermakna DAP sudah boleh ditonjolkan sebagai parti berbilang kaum sebenar kerana P.162 membuktikannya. Dan Kit Siang akan ternobat sekurang-kurangnya dalam rekod DAP sebagai “hero” sebenar-benarnya kerana berjaya menumpaskan orang kuat Umno di gelanggang BN.


KELIMA: Jika Ghani memang, bermakna Ghani adalah “giant killer” sebagaimana Kadoh Agundong satu ketika dahulu merebahkan Haris Salleh (Ketua Menteri Sabah) di Sabah. Dan ini bukan calang-calang punya “kill” kerana yang terbunuh adalah “hero” DAP.

dari Malasian Insider

KEENAM: Jika Ghani menang, awas Umno, dengan kehebatannya itu Ghani layak sahaja bertanding merebut jawatan Presiden Umno, kerana tidak pernah ada pencapaian seumpama ini oleh pemimpin kanan Umno dalam sejarah.


Senarai ini boleh dipanjangkan berjela-jela lagi bagi membuktikan keistimewaan P.162. Kerana istimewanya ia maka marilah kita mengharapkan agar keputusannya juga nanti istimewa. Yang terlibat dengan jentera Kit Siang di P.162 berkata Kit Siang cuba membuktikan kemampuan PR, meyainkan rakyat bahawa PR sudah bersedia dari Utara ke Selatan, sehinggakan beliau sendiri sanggup mengambil risiko bertanding di sini.


Ghani juga barangkali mahu membuktikan sesuatu.Apa pun semoga rakyat bijak membuat keputusan 5 Mei nanti.

Selasa, 16 April 2013

Kit Siang tetap tanding di Gelang Patah


Lim Kit Siang

GEORGETOWN - Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini berkata, beliau tetap akan bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah di Johor walaupun kawasan itu dikatakan akan menjadi 'kubur' kerjaya politiknya.

Katanya, keinginan beliau bertanding di situ ialah untuk mencetuskan tsunami politik di zon selatan negara.

"Saya tidak akan tarik diri kerana ia sudah menjadi 'peperangan Johor' malah Malaysia," katanya pada sidang media di Wisma DAP Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau sedar pertandingan merebut kerusi Parlimen Gelang Patah akan menjadi pertarungan antara hidup dan mati kerjaya politik beliau kerana ia kubu kuat MCA sejak 12 Pilihan Raya Umum dan kali ini nama yang disebut akan ditentang beliau ialah Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Pada PRU 2008, BN menang kerusi itu menerusi calon MCA Tan Ah Eng dengan majoriti 8,851 undi mengalahkan calon PKR Dr Zaleha Mustafa.

Kit Siang menjadi ahli Parlimen sejak 1969, mewakili beberapa kawasan parlimen di negeri Melaka, Selangor dan Pulau Pinang.

Penyandang kerusi Parlimen Ipoh Timur untuk dua penggal ini bagaimanapun pernah kalah di kawasan Bukit Bendera pada Pilihan Raya Umum 1999 sebelum berpindah ke Ipoh Timur pada PRU 2004. - Bernama

4 presiden parti komponen BN sah tidak tanding PRU13


PRU13

KUALA LUMPUR - Sehingga hari ini empat presiden parti komponen Barisan Nasional sah tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.

Tiga daripadanya iaitu Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui masing-masing terlebih dahulu menyatakan pendirian tidak bertanding bagi memberi laluan kepada muka baru.

Terkini, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas juga tidak akan bertanding pada pilihan raya umum kali ini berdasarkan senarai calon PRU13 parti itu yang diumum hari ini.

Pada pilihan raya umum kali ini, PPP akan bertanding di satu kerusi Parlimen iaitu di Kepong (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu di Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

Kayveas yang ditemui pemberita hari ini, berkata kerusi Parlimen Kepong akan ditandingi Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan Datuk A. Chandrakumanan, Naib Presiden parti itu Senator Datuk Chiw Tiang Chai (Dun Kota Laksamana), Bendahari PPP Perak Kerk Guan Chuan (Dun Pasir Bedamar) dan Naib Presiden PPP Datuk Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff di Dun Manik Urai.

Dun Kota Alam Shah akan ditandingi sama ada Datuk Maglin Dennis D'Cruz atau seorang lagi calon yang sudah dikenal pasti.

Barisan Nasional terdiri daripada 13 parti komponen. - Bernama

BN tampil 31% calon profesional dan ulama



Najib menerima surat tauliah calon BN pada PRU13 daripada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin di Ibu Pejabat BN di Menara Dato Onn. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Seramai 31 peratus calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) terdiri daripada golongan profesional dan ulama.

Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya cuba lakukan secara inklusif dan yakin barisan yang ditampilkan mampu memberi saingan hebat pada parti lawan.

"Kita cuba lakukan secara inklusif di peringkat Parlimen yang mana sebanyak 91 peratus calon memiliki diploma ke atas.

"Kita punya pelbagai kategori penyertaan calon, 31 peratus datang daripada golongan profesional seperti profesor, pegawai tadbir diplomatik dari agensi kerajaan, doktor, peguam dan ulama," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan watikah PRU13.

Perdana Menteri berkata, selain daripada kumpulan itu, pihaknya turut membariskan calon yang popular di peringkat akar umbi.

"Bukan semua akan sertai Kabinet jadi penentuannya adalah kebolehan untuk jadi calon pemimpin akar umbi," katanya.

Ketika ditanya adakah itu senarai yang telah dimuktamadkan, beliau berkata, pihaknya berharap tiada perubahan besar yang berlaku.

"Ini senarai (calon) yang terakhir, saya harap tiada yang berubah, daripada mereka yang tercalon, kami cuba berikan yang terbaik.

"Umumnya, saya yakin ini pasukan BN yang terkuat kita tampilkan. Inilah pasukan yang boleh penuhi aku janji manifesto BN. Saya juga berusaha tampilkanm inklusif sebanyak mungkin," katanya.

Najib: Umno umum calon esok, komponen mulai hari ini



Najib dan pemimpin BN bergambar selepas majlis penyampaian watikah pelantikan calon kepada ketua parti komponen dan pengerusi BN negeri di Kuala Lumpur hari ini - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Umno akan mengumumkan senarai calonnya untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13) esok, sementara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, mulai hari ini.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengerusi BN negeri-negeri akan menyampaikan surat watikah pencalonan kepada calon-calon BN di negeri masing-masing esok.

Beliau berkata pemilihan calon telah melalui proses yang panjang, meliputi banyak rundingan dengan parti komponen dan pengerusi BN negeri-negeri, selain mengambil kira sentimen dan jangkaan pengundi untuk melihat perubahan dalam barisan calon BN.

"Senarai calon BN ini merupakan barisan yang pada hemat saya terbaik yangmampu kita sediakan," katanya perdana menteri kepada pemberita selepas menyerahkan surat watikah Pencalonan dan Aku Janji BN kepada presiden parti-parti komponen dan pengerusi BN negeri-negeri di sini hari ini.

Sementara itu, pengerusi BN negeri-negeri yang ditemui selepas majlis itu enggan mendedahkan apa-apa sebaliknya memaklumkan senarai calon BN untuk kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (Dun) akan diumumkan esok di setiap negeri.

Umno akan mengumumkan senarai calonnya untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13) esok, sementara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, mulai hari ini.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengerusi BN negeri-negeri akan menyampaikan surat watikah pencalonan kepada calon-calon BN di negeri masing-masing esok.

Beliau berkata pemilihan calon telah melalui proses yang panjang, meliputi banyak rundingan dengan parti komponen dan pengerusi BN negeri-negeri, selain mengambil kira sentimen dan jangkaan pengundi untuk melihat perubahan dalam barisan calon BN.

"Senarai calon BN ini merupakan barisan yang pada hemat saya terbaik yangmampu kita sediakan," katanya perdana menteri kepada pemberita selepas menyerahkan surat watikah Pencalonan dan Aku Janji BN kepada presiden parti-parti komponen dan pengerusi BN negeri-negeri di sini hari ini.

Sementara itu, pengerusi BN negeri-negeri yang ditemui selepas majlis itu enggan mendedahkan apa-apa sebaliknya memaklumkan senarai calon BN untuk kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (Dun) akan diumumkan esok di setiap negeri.

Bagaimanapun Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tan Sri Abdul Taib Mahmud sempat mengulas dengan mengatakan beliau amat berpuas hati dengan senarai calon BN untuk negeri itu, dan "bagi saya perdana menteri telah mengambil kira dan membuat keputusan yang baik untuk kesemua parti di Sarawak."

"Saya percaya senarai ini dipersetujui semua pihak seperti apa yang kami bincang dan usulkan sebelum ini," kata Ketua Menteri Sarawak itu.

Pengerusi BN Terengganu Datuk Seri Ahmad Said pula hanya mengesahkan yang beliau akan mempertahan kerusi Dun Kijal yang dimenanginya pada PRU 2008.

Sementara itu, Pengerusi BN Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan berkata beliau akan membuat pengumuman mengenai senarai calon BN dan menyerahkan surat watikah pencalonan itu di kediaman rasminya pagi esok.

Presiden Parti Bersatu Sarawak Datuk Seri Peter Chin Fah Khui pula melahirkan rasa puas hatinya kerana mendapat tujuh kawasan yang dipohon parti itu untuk bertanding pada PRU kali ini, serta pencalonan tiga muka baru anggota parti itu.

Chin bagaimanapun enggan mendedahkan nama dan kawasan yang bakal ditandingi mereka itu kerana akan mengumumkannya esok.

"Saya berharap dengan senarai ini, kami boleh memenangi semua kerusi yang kami tandingi. Saya juga percaya pengundi Cina akan kembali menyokong kami," katanya.

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok pula berkata terdapat pertukaran kerusi yang akan ditandingi oleh parti itu di Sabah dan penampilan beberapa muka baharu.

"Apa yang kami dapat ialah daripada apa yang kami bincangkan dan muktamadkan dengan perdana menteri. Kami gembira dan berpuas hati walaupun kami tidak diberikan kawasan baharu. Kami akan membuat pengumuman esok," katanya.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata penampilan muka baru menunjukkan perubahan yang dilakukan setiap parti untuk menarik perhatian pengundi muda, dan perkara itu turut dipraktikan oleh parti berkenaan.

"Kami menampilkan muka baru dan berpengalaman kerana kami tahu pengundi muda makin ramai. Saya yakin rakyat mempunyai kebijaksanaan dalam memilih wakil mereka untuk berkhidmat," katanya.

Sementara itu, Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Liew Vui Keong mengesahkan akan mempertahan kerusi Parlimen Sandakan, dan parti itu memperoleh satu kerusi tambahan di Dun Likas.

"Kesemuanya lima kerusi, empat kerusi negeri dan satu kerusi parlimen. Saya gembira," katanya.

"Kami menampilkan muka baharu dan berpengalaman kerana kami tahu pengundi muda makin ramai. Saya yakin rakyat mempunyai kebijaksanaan dalam memilih wakil mereka untuk berkhidmat," katanya.

Sementara itu, Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Liew Vui Keong mengesahkan akan mempertahan kerusi Parlimen Sandakan, dan parti itu memperoleh satu kerusi tambahan di DUN Likas.

"Kesemuanya lima kerusi, empat kerusi negeri dan satu kerusi parlimen. Saya gembira," katanya.

Di KOTA KINABALU, Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Musa Aman akan mengumumkan senarai calon negeri itu di Bangunan Umno petang esok, sementara Parti Liberal Demokratik (LDP) dijadualkan mengadakan sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Kepayan Perdana, Jalan Lintas pada 10 pagi esok. - Bernama

BN: 33% calon Parlimen muka baru, Dun 49%




Datuk Seri Najib Tun Razak - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) menurunkan ramai muka baru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) - 33 peratus calon peringkat Parlimen manakal Dewan Undangan Negeri (Dun) pula membabitkan 49 peratus.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebahagian besar calon muka baru akan ditempatkan di kawasan yang perikatan itu kalah pada PRU 2008.

Sebanyak 727 kerusi akan dipertandingkan kali ini iaitu masing-masing 222 kerusi Dewan Rakyat dan baki 505 kerusi Dun.

Beliau juga berkata, perubahan besar yang dilakukan BN adalah untuk memenuhi jangkaan dan kehendak pengundi pada PRU13.

"Calon-calon BN telah dimuktamadkan dan kita telah sampaikan senarai pada parti negeri BN. Ikut jadual parti komponen akan memaklumkan senarai masing-masing hari ini dan serentak esok pengerusi BN negeri.

"Umno juga akan buat esok pagi, secara serentak... dan meletakkan 82 peratus calon baru berdasarkan kehendak rakyat," kata beliau selepas Majlis Penyerahan Surat Tauliah BN di sini hari ini.

Perdana Menteri turut menegaskan yang barisan calon BN kali ini adalah yang terbaik.

"Ia adalah proses yang panjang dilakukan kali ini meliputi banyak perundingn dengan kompenan dan pengrusi BN negeri.

"Kita ambil kira sentimen dan jangkaan pengundi untuk lihat perubahan dalam barisan BN.

"Tetapi kita melihat perlunya wakil-wakil rakyat sedia ada terdiri daripada mereka yang berpengalaman berkhidmat dalam kerajaan atau wakil rakyat. Imbangan antara muka-muka baru adalah sangat penting " katanya.

Katanya lagi, pembaharuan bukan sahaja dari segi calon tetapi juga mereka yang boleh memenuhi keperluan rakyat.

"Bukan sahaja perlu tampilkan pembaharuan. Sebagai parti dengan mandat baru dengan kerajaan akan datang. Kita perlu untuk mereka yang mampu mentadbir kerajaan dan berkhidmat kepada rakyat.

"Jika semua muka baru akan membantut kemampuan kerajaan BN untuk memenuhi harapan rakyat. Saya harap penilaian dilihat dalam konteks menyeluruh. Bukan sahaja mereka yang bertanding.. Kemampuan untuk menubuhkan kerajaan yang kuat dan mampu penuhi kehendak rakyat masa akan datang," katanya.

Perdana Menteri turut mengingatkan mereka yang terpilih melakukan terbaik untuk parti.

"Ada kelemahan parti akan bertindak baiki. Pada yang tidak terbaris, bukan bererti mereka gagal, bermasalah atau ada kepincangan. Tetapi dalam keadaan masyarakat dan pengundi menuntut perubahan maka sebahagian anggota kita terpaksa beri laluan untuk pembaharuan," katanya.

Najib turut mengucapkan terima kasih kepada semua wakil rakyatnya yang telah memberikan khidmat sepanjang penggal ini dan berharap terus mendapat sokongan kuat daripada anggota parti.

Ditanya apakah kriteria calon untuk kerusi-kerusi panas yang ditandingi pembangkang seperti Pematang Pauh, Najib berkata, pihaknya ada calon yang hebat untuk tandingi ketua pembangkang itu.

"Tidak mungkin kita boleh menang semua kerusi itu realistik, tetapi kita meletakkan calon berwibawa," katanya.